• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Woods Jatuh Gaung, Genesis GV80 Raih Rating Keselamatan Tertinggi IIHS

SUV Woods Jatuh Gaung, Genesis GV80 Raih Rating Keselamatan Tertinggi IIHS

March 29, 2021 By Shawkath Leave a Comment

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI kenal Tiger Woods, tetapi tidak ramai tahu mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) Genesis GV80 yang dipandu legenda golf dunia itu, iaitu model buatan divisyen mewah di bawah pengeluar automotif dari Korea Selatan, Hyundai.

Woods pada Februari lalu terselamat dalam kemalangan teruk di California. Beliau dikatakan bertuah kerana memakai tali keledar dan memandu sebuah model SUV dengan ciri keselamatan tinggi hingga 10 beg udara!

Malah, GV80 baru-baru ini meraih pengiktirafan keselamatan tertinggi daripada Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> Genesis Sport G80 (2018) Raih 5-Bintang dalam Ujian Keselamatan NHTSA

Beginilah kondisi GV80 dipandu Woods yang terlibat kemalangan.

Pengiktirafan Anugerah Top Safety Pick+ itu menjadikan GV80 antara 50 model kenderaan yang menerima rating keselamatan tinggi di pasaran. Menurut agensi bukan kerajaan itu, SUV itu meraih skor tertinggi dalam semua enam kategori ujian rempuhan, dan dilengkapi sistem keselamatan aktif serta syarat lampu utama yang ditetapkan untuk rating tersebut.

SUV dipandu Woods itu dilaporkan hilang kawalan hingga membuatkan beliau tergelincir ke dalam gaung dan mengalami kecederaan kaki dan perlu dibedah.

Asalnya, pasukan perubatan pertama yang tiba di lokasi nahas menganggap Woods mengalami kecederaan parah berdasarkan situasi kemalangan dan keadaan SUV dipandunya. Malah, punca kemalangan dialami bintang golf itu masih disiasat.

GV80 milik Woods itu ialah SUV yang dipinjamkan Genesis selepas menganjurkan kejuaraan golf yang ditaja pengeluar automotif tersebut. Harga SUV mewah berkenaan bermula serendah AS$49,995 (RM205,480), tanpa sebarang rating keselamatan ketika serahan dibuat.

BACA >>> Genesis Dedah Foto Acah GV80, SUV Mewah Sentuhan Pereka Lamborghini
BACA >>> Genesis G70 Diiktiraf Kereta Paling Selamat 2018 di Korea, Catat Skor Tertinggi KNCAP

SUMBER: FoxNews | The Sun

Related

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Genesis GV80, Genesis GV80 Tiger Woods (2021), Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), SUV Genesis GV80 terbabas, Tiger Woods

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev