RUANGAN Bikin Kereta kali ini agak menarik kerana menampilkan motosikal Honda C70 sebagai 'watak utama'. Dari sini dapat dilihat dunia modifikasi bukan saja tertumpu pada kereta, malahan motosikal turut mendapat perhatian sama ada dari dalam mahupun luar negara.
Sebut saja kapcai Honda C70, kami yakin ramai yang mengenalinya. Sehingga kini, ia tetap menjadi pujaan ramai sehinggakan harga jualan naik secara mendadak.
Bagi jentera Honda C70 milik Nazri Udin ini, ia sudahpun menjalani proses kustom yang agresif dan sudah menelan kos pelaburan sebanyak RM6,000.
KUSTOM SEPENUHNYA
Segala peralatan asal Honda C70 diceraikan satu persatu bagi memudahkan proses pembikinan dilakukan dengan lancar. Bahagian belakang badan jentera turut dipotong dan dibentuk semula mengikut kelebaran diinginkan.
Tapak lampu hypermotard belakang juga dilakukan mengikut saiz dikehendaki supaya ia tampak lebih kemas dan bergaya. Tidak terkecuali sepit udang hadapan dilebarkan agar dapat dipasangkan dengan rim dan tayar bersaiz lebar.
Kemudian badan C70 dikemaskan dan digosok rata bagi memudahkan kerja-kerja mengecat. Untuk menjadikan ia lain dari lain, empunya jentera memilih warna ‘Light Pink’. Kata Nazri, 'jambu sikit motor aku'.
ENJIN KEKAL TAPI BERKUASA
Biarpun rekabentuk menerima perubahan ekstrem, namun ruangan enjin dikekalkan. Cuma ia menerima beberapa penambahbaikan untuk penghasilan kuasa lebih baik di mana enjin ditenggekan dengan karburator Yamaha RXZ.
Grand shaft dari model EX5 Dream juga digunakan selain memagang piston bersaiz 57mm di dalam blok. Manakala kepala silinder milik Honda EX5 Dream turut dipasang bersama injap bersaiz lebih besar dari Wave 125.
Tidak berhenti setakat itu, tapak handle menggunakan khidmat dari bahan aloi manakala ‘riser’ jenama Racing Boy ditanggungjwabkan untuk memegang hendal basikal fixie.
Pada bahagian kanan, ia dipadankan dengan panel brek basikal yang dikustomkan bersama pemulas minyak dari jenama Daytona. Sebuah meter kelajuan juga turut dipasangkan di bahagian atas tapak hendal tersebut.
GARANG
Untuk kestabilan, ruangan suspensi dipadankan dengan ‘Swing arm’ aloi Wave 100 dan diikatkan bersama penyerap hentak KYB.
Rim aloi hitam jenama Racing Boy berkelebaran 4.5 inci bersama tayar Maxxis menghiasi bahagian belakang manakala depan menggunakan rim bersaiz 4-inci dibaluti tayar Pirelli.
Selain itu, unit ekzos OPBR ditempah khas dari Thailand untuk mendapatkan kelajuan lebih maksima. Malangnya, muncung ekzos tampak leboh kecil jika dibandingkan dengan pemilik yang lain.
Bagaimanapun, jangan sesekali pandang rendah terhadap jentera ini. Orang kata, kecil-kecil cili padi. Enjin kecil tapi berkuasa.
SPESIFIKASI
Honda C70
ENJIN C70 3 gear, valve Honda Wave 125, piston 57mm, karburator RXZ, paip ekzos ‘stainless steel’
MODIFIKASI Handle basikal, tapak handle (Udin kustom), riser Racing Boy, meter kustom, Angkup brek EX5, lampu depan & belakang, signal hypermotard, tempat duduk kustom (Sero Kusyen), pemulas minyak Daytona, pemijak kaki kustom, Penegang rantai Kozi, rantai 415
SUSPENSI Swing arm aloi Wave 100, absorber KYB Pink
RODA Rim Racing Boy 4.0 (depan) 4.50 (belakang), jejari stainless steel, gantang krom, Tayar Pirelli (depan) Maxxis (belakang)
KOS MODIFIKASI RM6,000
BENGKEL TMR, Felda Sri Ledang, Segamat, Johor Bahru
rafique says
Crank shaft la bukan grand shaft,harap maklum.
Qim says
Kalau c70 standard pakai carburetor ex5 lepas ke
faiqhakim says
Lps bos...Cuma minyak lebih...Pastu main jet besau