• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!

Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!

February 24, 2021 By Azhan O Leave a Comment

4.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMI baru saja selesai memandu uji model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu Perodua Ativa (2021) di fasiliti pengeluar nasional itu di Sungai Choh, Rawang.

Ada banyak perkara yang mahu kami kongsikan, tetapi terpaksa dikunci mulut. Namun, apa yang dapat disahkan setakat ini, SUV Perodua paling moden itu akan dilancarkan pada 3 Mac nanti, jam 8:25 malam secara digital menerusi laman rasmi Facebook Perodua.

Setakat ini apa yang didedahkan Perodua kepada umum ialah:

  • Enjin 1.0L Turbo D-CVT dengan transmisi D-CVT.
  • Ada tiga varian, iaitu X, H dan AV.
  • Semua varian mendapat 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), sensor belakang dan ISOFIX, berserta dua ciri asas Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A), iaitu LDW dan LDP.
  • Varian premium (AV) mendapat A.S.A lengkap, iaitu Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Kawalan Kekal Lorong (LKC) dan Pemantau Titik Buta (BSM).
  • Ada enam pilihan warna, iaitu Pearl Delima Red, Pearl Diamond White, Cobalt Blue, Granite Grey dan Glittering Silver. Varian AV mendapat kemasan dwi-tona, iaitu dengan bumbung hitam.
  • Rim aloi 5-jejari 16 inci.
  • Unit infotainment jensi apung 9 inci. Kluster instrumen TFT multi-info 7 inci.
  • Harga jualan antara RM62,000 dan RM73,000 dengan waranti lima tahun atau perbatuan 150,000km.

Berikut beberapa maklumat dan fakta menarik mengenai Ativa (2021) berdasarkan sesi pandu uji ringkas pagi tadi tadi:

  • Enjin menghasilkan kuasa 96hp (98ps) dan tork 140Nm. Angka kuasa ini belum didedahkan Perodua, tetapi sebenarnya sama seperti Toyota Raize dan Daihatsu Rocky.
  • Dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA), tetapi bagi Ativa dikenali sebagai Perodua Smart Built (PSB).
  • Ativa-Rocky ialah projek kerjasama Perodua-Daihatsu dengan melibatkan pasukan jurutera daripada kedua-dua pihak yang mana proses kajian dan pembangunan (R&D) dibuat di Jepun.
  • Ciri NVH dipertingkat untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan selesa.
  • SUV ini tiada masalah dengan kurang kuasa (underpower) seperti didakwa ramai orang. Walaupun dipecut hingga 150kmj, pemanduan SUV ini masih kekal stabil dan meyakinkan.
  • Feeling memandu macam Myvi.
  • Secara peribadi, warna paling menarik bagi kami ialah dwi-tona Pearl Delima Red dengan bumbung hitam. Ini warna khas untuk varian AV.

Gambar masih belum boleh tunjuk lagi. Kenalah tunggu 3 Mac nanti.

BACA >>> Perodua D55L Buka Tempahan, Harga RM62k-73k!
BACA >>> Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...

Related

4.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Perodua, Perodua Ativa, Perodua Ativa (2021), Perodua D55L, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev