• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu…

Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...

January 27, 2021 By AO Leave a Comment

599
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERDASARKAN maklumat semasa kami terima, Perodua dijangka melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kedua selepas model Kembara tahun ini, yang setakat ini dikenali dengan kod nama D55L.

Ini dikuatkan dengan penularana foto intip model itu dalam seragam kamoflaj yang dikesan di Putrajaya pada November tahun lalu. Asalnya, model tersebut dikatakan akan dilancarkan tahun lalu dalam jarak masa tidak jauh daripada pelancaran model pesaingnya, Proton X50. Namun, disebabkan krisis penularan wabak Covid-19, rancangan itu ditangguhkan.

BACA >>> #Spyshot: SUV Moden Pertama Perodua Dah Nampak di Putrajaya!

Mungkin Perodua mengambil pendirian untuk tidak berebut pasaran pesaing-pesaingnya dalam musim pandemik begini ketika banyak pengeluar sedang bergelut dengan angka jualan.

Jadi apa boleh disahkan, SUV baharu Perodua akan lancar tahun ini, dan kemungkinan besar dalam penggal pertama tahun ini supaya pelanggannya mendapat manfaat pengecualian cukai jualan selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka dilonggarkan pada bulan-bulan akan datang.

Terbaharu, kami  baru terima foto gambaran Perodua D55L sentuhan pakar manipulasi grafik, Theophilus Chin yang dilakarkan berasaskan Toyota Raize.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin mengesahkan model itu akan dijana enjin 3-silinder 1KR-VET 1.0L Turbo berkuasa 96hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 2,400-4,000rpm dengan transmisi D-CVT yang mempunyai fungsi gear pisah @ split gear (pertama dalam kenderaan Toyota) untuk keseronokan pemanduan dan kecekapan bahan api (merujuk spesifikasi Toyota Raize).

SUV baharu Perodua itu dikatakan dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (Daihatsu New Global Architecture, DNGA) sama seperti Toyota Raize yang dilancarkan di Jepun November 2019.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Toyota Raize yang Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?
BACA >>> #Spyshot: Kembar Perodua D55L dikesan di Indonesia?

Artikel Berkaitan

599
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: auto terkini, Daihatsu Rocky, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), lakaran grafik, Lakaran Komputer, Perodua D55L, Perodua Kembara, SUV, SUV Baharu Perodua, Theophilus Chin, Toyota Raize

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my