• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua D55L Buka Tempahan, Harga RM62k-73k!

Perodua D55L Buka Tempahan, Harga RM62k-73k!

February 19, 2021 By AO Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA membuka tempahan kenderaan utiliti sukan (SUV) paling canggih jenama itu, D55L yang ditawarkan dalam tiga varian, X, H dan AV dengan harga atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia.

Antara ciri utama D55L adalah sistem bantuan pemandu, dinamakan Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) yang dibekalkan untuk semua varian. Sistem ini mampu beroperasi pada halaju lebih tinggi berbanding versi semasa, termasuk boleh mengesan kenderaan dua roda seperti basikal dan motosikal.

Antara ciri ASA dibekalkan ialah:

  • Pencegahan dan Amaran Tukar Lorong (LDWP) - semua varian
  • Kawalan Kekal Lorong (LKC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) - untuk varian AV

Berikut beberapa ciri menarik Perodua D55L yang didedahkan Perodua setakat ini:

  • Model pertama Perodua memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.
  • Model pertama Perodua dengan enjin turbo.
  • Model pertama Perodua dengan transmisi CVT.
  • Menawarkan kadar penggunaan bahan api 18.9km per liter yang dikatakan terbaik dalam kelas (SUV segmen-A).
  • Lampu depan LED untuk semua varian.
  • Ciri ekstra untuk varian H dan AV ialah lampu suluh pandu adaptif (ADB), kluster instrumen TFT 7 inci dan unit infotainment skrin sentuh 9 inci dengan pengecaman suara.
  • Varian X dan H ditawarkan dalam warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue.
  • Varian H ditawarkan dalam warna Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red serta tiga warna terakhir baharu diperkenalkan.
  • Varian AV ditawarkan dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, dan Pearl Delima Red, serta ada dua warna terakhir baharu dengan bumbung hitam diperkenalkan.
  • Setiap pembelian dipakejkan dengan waranti lima tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> #Spyshot: SUV Moden Pertama Perodua Dah Nampak di Putrajaya!
BACA >>> #Spyshot: Kembar Perodua D55L dikesan di Indonesia?

Artikel Berkaitan

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Perodua, Perodua D55L, Spyshot, SUV, SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my