• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / DBKL Tambah Laluan Coklat untuk Bas GoKL, Tambang Percuma!

DBKL Tambah Laluan Coklat untuk Bas GoKL, Tambang Percuma!

February 17, 2021 By Han Othman Leave a Comment

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Rapid Bus Sdn Bhd meluaskan lagi perkhidmatan Bas Go KL di ibu kota dengan membuka laluan kesembilan, dikenali sebagai Laluan Coklat (Chocolate Line) yang menghubungkan kawasan perumahan awam dengan beberapa lokasi strategik.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan bas percuma itu melibatkan laluan sepanjang 14km bermula Seksyen 10 Wangsa Maju, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Taman Tasik Sri Rampai, menghala stesen transit LRT Sri Rampai dan kawasan sekitar.

Laluan coklat itu, yang melibatkan Perumahan Awam Setapak Jaya 1A, juga akan menghubungkan pusat tumpuan ramai seperti Medan Selera D’Rejang, Masjid Abu Ubaidah dan pusat beli-belah seperti AEON BIG dan Wangsa Walk.

Dengan kekerapan bas setiap 15 minit, perkhidmatan itu dijangka memberikan manfaat kepada warga kota ke stesen LRT dan tempat kerja, terutama golongan B40.

Jumlah penumpang perkhidmatan Bas GO KL menurun sepanjang tahun lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan krisis penularan Covid-19.

Pada 2020, seramai 9.7 juta penumpang direkodkan dengan purata 27,000 orang sehari, jauh berbeza berbanding 2019 yang mencatatkan jumlah seramai 19.7 juta orang, iaitu purata 55,000 penumpang sehari.

BACA >>> Bas GoKL Tambah Laluan Baharu LRT Universiti-PPR Seri Pantai, Tambang Percuma!
BACA >>> KTMB Perkenal Kios Layan Diri Tanpa Tunai untuk Beli Tiket Tren Utara

Related

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bas, Bas GO KL, DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pengangkutan awam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev