SYARIKAT perkhidmatan penghantaran barangan J&T Express memohon maaf atas insiden pekerja mencampakkan barang pelanggan pada 4 Februari lalu dalam video tular di media sosial baru-baru ini.
Permohonan maaf Pengurusan J&T Express Perak itu disiarkan dalam kenyataan media rasmi yang dimuat naik di Facebook J&T Express Malaysia-Perak berkata.
Mengenai desas-desus pemotongan gaji pekerja, J&T Express mendakwa apa yang berlaku adalah salah faham mengenai sistem pengagihan bonus. Bonus hujung tahun diberikan berdasarkan pertimbangan menyeluruh peraturan bonus dalam undang-undang buruh Malaysia.
Misalnya, bagi pekerja yang berkhidmat kurang setahun, bonus dibayar mengikut panjang masa bekerja. Bagaimanapun sesetengah pekerja kurang jelas mengenai skim bayaran bonus berkenaan hingga mencetus insiden protes mencampakkan barang pelanggan minggu lalu. J&T Express juga menjelaskan tidak berlaku sebarang isu pemotongan atau kegagalan membayar gaji pekerja.
Mengenai aduan barangan dicuri pekerja, J&T Express menyatakan menggajikan pekerja sementara untuk menguruskan lambakan barangan pelanggan diterima sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, dan mengakui cuma memberikan latihan asas kepada mereka. J&T juga berjanji akan mengatasi aspek pengurusan tersebut supaya insiden barangan hilang tidak berlaku lagi.
J&T Express kemudian memohon maaf atas segala insiden tidak diingini dan berterima kasih dengan sokongan diberikan pelanggan.
BACA >>> Lagi Penghantar Ketum Kena Cekup, Sanggup Redah Kedah-Kelantan Demi RM500
PEKERJA MOHON MAAF
Pada masa sama, tujuh pekerja J&T Express Perak tampil dalam video khas untuk menyatakan maaf atas kelakuan biadap yang dilakukan dalam video tular tempoh hari.
J&T Express Perak turut sama memohon maaf dan berjanji akan menyediakan lebih banyak latihan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
BACA >>> Digit - Robot Kurier yang Boleh Hantar Barang ke Mana Saja
Leave a Reply