• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: J&T Express, Pekerja Mohon Maaf Insiden Campak Barang

#Tular: J&T Express, Pekerja Mohon Maaf Insiden Campak Barang

February 8, 2021 By AO Leave a Comment

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT perkhidmatan penghantaran barangan J&T Express memohon maaf atas insiden pekerja mencampakkan barang pelanggan pada 4 Februari lalu dalam video tular di media sosial baru-baru ini.

Permohonan maaf Pengurusan J&T Express Perak itu disiarkan dalam kenyataan media rasmi yang dimuat naik di Facebook J&T Express Malaysia-Perak berkata.

Mengenai desas-desus pemotongan gaji pekerja, J&T Express mendakwa apa yang berlaku adalah salah faham mengenai sistem pengagihan bonus. Bonus hujung tahun diberikan berdasarkan pertimbangan menyeluruh peraturan bonus dalam undang-undang buruh Malaysia.

Misalnya, bagi pekerja yang berkhidmat kurang setahun, bonus dibayar mengikut panjang masa bekerja. Bagaimanapun sesetengah pekerja kurang jelas mengenai skim bayaran bonus berkenaan hingga mencetus insiden protes mencampakkan barang pelanggan minggu lalu. J&T Express juga menjelaskan tidak berlaku sebarang isu pemotongan atau kegagalan membayar gaji pekerja.

Mengenai aduan barangan dicuri pekerja, J&T Express menyatakan menggajikan pekerja sementara untuk menguruskan lambakan barangan pelanggan diterima sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, dan mengakui cuma memberikan latihan asas kepada mereka. J&T juga berjanji akan mengatasi aspek pengurusan  tersebut supaya insiden barangan hilang tidak berlaku lagi.

J&T Express kemudian memohon maaf atas segala insiden tidak diingini dan berterima kasih dengan sokongan diberikan pelanggan.

BACA >>> Lagi Penghantar Ketum Kena Cekup, Sanggup Redah Kedah-Kelantan Demi RM500

PEKERJA MOHON MAAF

Pada masa sama, tujuh pekerja J&T Express Perak tampil dalam video khas untuk menyatakan maaf atas kelakuan biadap yang dilakukan dalam video tular tempoh hari.

J&T Express Perak turut sama memohon maaf dan berjanji akan menyediakan lebih banyak latihan untuk meningkatkan mutu  perkhidmatan.

BACA >>> Digit - Robot Kurier yang Boleh Hantar Barang ke Mana Saja

Artikel Berkaitan

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, J&T Express, J&T Express Perak, Pekerja J&T Minta Maaf, Perkhidmatan Penghantaran Barangan, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my