• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Beza Gasket dan Washer?

#TahukahAnda: Apakah Beza Gasket dan Washer?

February 22, 2021 By Azhan O Leave a Comment

496
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MANA satu gasket dan mana satu sesendal (washer)? Ramai selalu keliru dengan dua komponen pengikat (fastener) ini kerana kedua-duanya nampak sama, tetapi sebenarnya memiliki fungsi berbeza.

Artikel ini akan menghuraikan seringkas mungkin mengenai perbezaan antara gasket dan sesendal.

APAKAH GASKET?

Gasket ialah kedap hidraulik (hidraulic seals) antara dua badan (atau permukaan) logam atau kayu, biasanya digunakan untuk menahan geseran, kerosakan dan pengembangan haba natural, pengecutan sejuk dan kebocoran. Ia dihasilkan untuk menangani masalah ketidaksempurnaan (atau kecacatan) pada pembuatan sesebuah komponen dipotong (machined).

Kebiasaannya, gasket dibuat daripada bahan kepingan seperti kertas tisu, kulit, getah sintetik, loyang, gabus, felt (jenis fabrik kesat), neoprena, getah nitril, gentian karbon atau polimer keras (seperti Teflon). Gasket memerlukan permukaan saling temu (mating surface) yang kurang optimal supaya kecacatan itu dapat diisi.

APAKAH SESENDAL (WASHER)?

belleville-washer
wave-washer

Sesendal ialah plat nipis berlubang yang biasanya digunakan untuk menjarakkan ulir pengikat seperti bolt atau nat. Sesetengah penggunaan melibatkan pelapik haus, sensor prabeban, alatan pengunci dan pengedap getaran sebagai penjarak (spacer), dan spring (sesendal Belleville, sesendal keluk).

Penyambung ulir (threaded joint)

Sesendal biasanya memiliki diameter luaran (OD) kira-kira sekali ganda diameter inersia (ID), dan boleh jadi berbeza. Sesendal dibuat daripada logam atau loyang. Penyambung ulir (threaded joint) berkualiti tinggi akan menguatkan sesendal logam untuk menghalang kelonggaran apabila diketatkan.

SESENDAL VS GASKET

Contoh gasket pada kepala silinder.
Contoh sesendal pada permukaan kayu.

Dua komponen ini nampak sama dalam pelbagai produk, tetapi memainkan peranan berbeza. Persamaannya, masing-masing menghubungkan skru dan bolt, yang dibentuk seakan gelung (loop) dengan OD, dan tanpa permukaan tengah. Pengeluar juga sepatutnya mengingatkan pengguna mengenai setiap peranan komponen itu, sama ada sesendal atau gasket yang mana setiap satu berbeza. Ini kerana ada banyak kes yang menunjukkan isu ketidakserasian atai tidak padan apabila digunakan.

i. Pemilihan Material

Sesendal rata (flat washer) terbina daripada aluminium (biasanya logam tahan karat) atau plastik disadur zink. Ini memberikan konsistensi yang kuat pada pengikat. Sesendal rata dibuat daripada getah, akrilik, atau produk sensitif lain yang mungkin disalahanggap dengan gasket daripada pelbagai produk mudah lentur.

Bahan gasket spesifik terdiri daripada getah, gabus, kain, felt, silikon, gentian karbon atau neoprena.  Ada juga dihasilkan daripada logam, tetapi untuk penggunaan dan implementasi terhad sahaja.

ii. Tujuan

Sesendal rata perlu kuat untuk menguraikan beban dengan betul yang menjadi objektif utama penggunaan pengikat. Sebagai perbandingan, gasket menghasilkan ikatan dengan mengubah bentuk dan mengisi jurang yang ada antara kepala penyambung dan kepala pengikat.

Sebagai gambaran ringkas, gasket pada penyambung dapat mengelak masalah kebocoran. Ini bermakna ikatan terlalu ketat akan membuatkan ia jadi tidak efisien. Malah, sesama sesendal pun tidak sama kegunaannya seperti sesendal rata dan  sesendal kunci.

iii. Fungsi

Ada pengikat berfungsi dengan tujuan berganda, misalnya gasket mengagihkan beban ikatan dan sebagai kedap. Dalam situasi tertentu, kedap mungkin digunakan untuk menghasilkan pengedap mencukupi dengan gasket. Walaupun kedap turut meningkatkan kecekapan dan ketahanan gasket, ia mewujudkan sambungan dengan bahan penyambung yang mungkin mempengaruhi agihan beban.

Sesendal rata berada antara bahan bolt dan penyambung, tetapi tidak terikat menjadi satu unit komponen pengikat. Ini membolehkan pindahan beban optimal yang mana dalam situasi dan persekitaran tertentu akan meningkatkan risiko kebocoran.

Perbezaan antara sesendal rata dan gasket adalah praktikal. Sesendal mengagihkan beban ikatan, manakala gasket berfungsi sebagai pengadang. Walaupun sesendal rata  tertentu juga berfungsi sebagai gasket (atau sebaliknya), pengeluar pengikat mengakui kedua-duanya ialah komponen yang berbeza fungsi dan keperluan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Tie Rod' dan Apakah Fungsinya?
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Nozel Pam Minyak Boleh Berhenti Sendiri?

SUMBER: Pipingmart.com

Related

496
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Beza Gasket dan Sesendal, Beza Gasket dan Washer, Gasket, Kedap, Komponen, Sesendal, Sesendal (Washer), Washer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev