• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia Lancar MT-25 (2021), Harga RM15.9k

Yamaha Indonesia Lancar MT-25 (2021), Harga RM15.9k

January 27, 2021 By Aryon Leave a Comment

692
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Indonesia melancarkan MT-25 (2021) yang dibina berasaskan sportbike fairing YZF-R25 versi dipertingkat (facelift) dan juga baru diperkenalkan di beberapa pasaran Asia, misalnya Malaysia.

MT-25 terlebih dahulu dilancarkan di Malaysia pada September tahun lalu yang diperkenalkan bersama MT-15 yang masing-masing ditawarkan dalam dua warna: Ice Fluo (putih) dan Yamaha Blue  (biru).

BACA >>> Yamaha MT-25 di Malaysia, Harga RM21.5k! MT-15 Cuma Previu, Lancar November Ini

Meminjam gaya MT-03 yang khas untuk pasaran Eropah, rekabentuk MT-25 (2021) ini mengambil ilham abang besar MT-07 dan MT-09, seperti teknologi LED penuh pada lampu utama projektor LED, lampu signal belok, lampu posisi dan lampu belakang.

 

Di bawah ini kami perincikan spesifikasi MT-25 (2021) versi Indonesia:

  • Rekabentuk depan tampil maskular dengan saiz tangki lebar 14 liter, manakala seksyen ekor mirip R25.
  • Ada tiga warna dengan rim berbeza ditawarkan, iaitu: Matte Grey (rim jingga), Metallic Black (rim hitam) dan Metallic Blue (rim biru), sama seperti siri MT lain.
  • Dijana enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 250cc Parallel Twin DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 23.6Nm @ 10,000rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) dan monoshock prabeban boleh laras.
  • Sistem brek jenis cakera tunggal 298mm di depan dan cakera tunggal 220mm di belakang, serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran sebagai standard.
  • Memiliki dimensi badan panjang 2,090mm, lebar 755mm dan tinggi 1,071mm, manakala jarak roda 1,380mm dan jarak lega bumi 160mm.
  • Tinggi pelana ialah 780mm, dan berat basah 165kg.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha MT-25 daripada Standard ke Retro Moden
BACA >>> Triumph Speed Triple 1200 RS (2021) Lancar dengan Enjin Lebih Berkuasa, Harga RM83.9k

  • Ciri lain ialah kluster instrumen digital penuh multi-info dengan indikator anjakan gear, hendal lebar untuk ergonomik lebih menegak.
  • Tayar jenis tiubles bersaiz 110/70 - 17 di depan dan 140/70 - 17  di belakang.
  • Dijual pada harga Rp55,460,000 (RM15,940).
yamaha-mt25-indonesia-2021-1
yamaha-mt25-indonesia-2021-2
yamaha-mt25-indonesia-2021-3
yamaha-mt25-indonesia-2021-4
yamaha-mt25-indonesia-2021-5
yamaha-mt25-indonesia-2021-6
yamaha-mt25-indonesia-2021-7
yamaha-mt25-indonesia-2021-8
yamaha-mt25-indonesia-2021-9
yamaha-mt25-indonesia-2021-10

Related

692
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, Naked Bike 250cc, roda2, Suku Liter, Yamaha, Yamaha Motor Indonesia, Yamaha MT-25 (2021) Indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev