• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / HYLM Lancar Yamaha YZF-R25 (2021) Warna Baharu, Harga Kekal RM19,998

HYLM Lancar Yamaha YZF-R25 (2021) Warna Baharu, Harga Kekal RM19,998

January 24, 2021 By Aryon Leave a Comment

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONG Leong Yamaha Motor melancarkan YZF-R25 (2021) versi dipertingkat (facelift) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan satu pilihan warna baharu yang lebih berani, iaitu Cyan Metallic (sian).

Warna baharu itu akan ditawarkan bersama warna ikonik jenama itu, Yamaha Blue dengan kombinasi warna badan kekal sama. Berikut perincian mengenai YZF-R25 (2021):

BACA >>> Yamaha YZF-R25 (2020) Dapat Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM19,998

  • Pilihan warna Cyan Metallic menampilkan warna badan baharu, sian dengan rekaan grafik 'R25' putih-merah-hitam yang lebih agresif pada fairing sisi. Skema warna ini didatangkan dengan rim aloi merah. Warna ini juga menggantikan warna Matt Silver (perak).
  • Kombinasi warna Yamaha Blue kekal sama seperti model 2020, iaitu fairing ekor dan fender depan kelabu, termasuk rekaan grafik 'R25'. Rim aloi berwarna biru gelap, sama seperti warna badan.
  • Dijana enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 249cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan.
  • Rekabentuk rim aloi kekal seperti model 2019, manakala kapasiti tangki 14.3 liter, dan berat basah 166kg.
  • Masih mengekalkan rekabentuk dwi-lampu utama LED gaya superbike YZF-R1 dengan corong ambilan udar besar di tengah, dan cermin sisi pada fairing kepala.
  • Rekabentuk badan diperbaharui dan ergonomik lebih slik untuk lebih aerodinamik dan diperhalusi. Rupa depan mengambil ilham YZF-R1, manakala belakang diilhamkan daripada jentera MotoGP, YZR-M1.
  • Ciri lain dinaik taraf ialah kluster instrumen LCD multifungsi kompak yang memaparkan posisi gear, baki petrol, purata dan masa sebenar penggunaan bahan api, suhu air, jam dan meter trip servis minyak enjin.
  • Sistem suspensi depan menggunakan fork terbalik (USD) baharu dengan tetapan redaman dan spring dioptimumkan. Fiil suspensi depan juga lebih sporty dengan menambah baik rigid fork dan pada masa sama mengekalkan keselesaan tunggangan. Suspensi belakang jenis monoshock.
  • Varian CyanMetallic diberikan fork USD biasa, manakala Yamaha Blue mendapat fork USD emas.
  • Suis utama ala motosikal kuasa besar, dengan butang penghidup, dan suis 3-dalam-1 untuk fungsi hidup/mati enjin.
  • Memiliki dimensi badan panjang 2,090mm, lebar 720mm dan tinggi 1,135mm, manakala tinggi pelana 780mm dan jarak lega bumi 160mm.
  • Sistem brek menggunakan cakera tunggal hidraulik dengan kaliper brek dwi-piston apung di depan dan cakera tunggal hidraulik dengan piston tunggal di belakang.
  • Saiz tayar 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang)
  • Harga YZF-R25 (2021) kekal sama seperti model terdahulu, iaitu RM19,998, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
  • Setiap pembelian diberikan kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma.
yamaha-yzf-r25-2021-malaysia-10
yamaha-yzf-r25-2021-malaysia-11
yamaha-yzf-r25-2021-malaysia-1
yamaha-yzf-r25-2021-malaysia-2
yamaha-yzf-r25-2021-malaysia-3
yamaha-yzf-r25-2021-malaysia-4
yamaha-yzf-r25-2021-malaysia-5
yamaha-yzf-r25-2021-malaysia-6
yamaha-yzf-r25-2021-malaysia-7
yamaha-yzf-r25-2021-malaysia-8
yamaha-yzf-r25-2021-malaysia-9

Artikel Berkaitan

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), roda2, sportbike, sportbike 250cc, Sportbike Suku Liter, Yamaha, Yamaha YZF-R25 (2021), Yamaha YZF-R25 Facelift (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my