• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Moto Guzzi Perkenal Seragam Centenario untuk V9 Bobber, Roamer (2021)

Moto Guzzi Perkenal Seragam Centenario untuk V9 Bobber, Roamer (2021)

January 26, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


MOTO Guzzi melancarkan siri V9 dengan seragam khas Centenario sempena ulang tahun ke-100 pengeluar itu, yang juga tribut kepada jentera lumba 8-silinder 350 Bialbero era 1950-an. Seragam baharu ini turut tersedia pada model V7 dan V85TT.

Model V9 dengan seragam Centenario itu ialah Bobber dan Roamer yang mendapat kemas kini signifikan sempena 2021. Dua model tersebut asalnya diperkenalkan pada 2016 sebagai model middleweight gaya kustom yang diposisikan antara roadster retro V7 dan cruiser California 1400. Kedua-duanya menggunakan enjin sama, 853cc V-Twin penyejukan udara dengan syaf pacu dalam casis dwi-absorber tradisional.

V9 Roamer
V9 Bobber

Penampilan V9 Roamer lebih tradisional dengan bar hendal bengkok (pull-back), rim aloi 19 inci di depan, kemasa krom dan pelana dwi-tona. V9 Bobber pula, seperti namanya, menampilkan gaya minimalis 'Bobber' dengan tayar depan 'belon' 16 inci, dan posisi tunggang lebih agresif, bar hendal flat dan kemasan hitam.

Dua model itu menawarkan angka kuasa 64hp daripada enjin sama digunakan V85 TT (juga terdapat dalam versi rendah taraf untuk pemilik lesen A2), dan ditambah frem dinaik taraf lebih kuat sekitar kepala untuk menambah baik aspek kestabilan dan ketepatan stereng.

Bobber juga mendapat pelana baharu, panel sisi aluminium diperbaharui dan madgad depan pendek, termasuk kluster instrumen digital baharu. Paling ketara ialah lampu LED baharu yang disepadukan bersama lampu tunggang gaya Guzzi 'Eagle'. Harga masih belum diumumkan.

BACA >>> Moto Guzzi V7 (2021) Lancar, Masih Retro dengan Enjin 65hp, 72.9Nm
BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Honda Rebel 300 - Daripada Bobber Moden Kepada Café Racer

V9 BOBBER CENTENARIO (2021)
moto-guzzi-v9-bobber-centenario-1
moto-guzzi-v9-bobber-centenario-2
moto-guzzi-v9-bobber-centenario-3
moto-guzzi-v9-bobber-centenario-4
moto-guzzi-v9-bobber-centenario-5
V9_Bobber_Centenario_27

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Livery, Middleweight, Moto Guzzi, Moto Guzzi V9 Bobber, Moto Guzzi V9 Bobber (2021), Moto Guzzi V9 Roamer (2021), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev