SELEPAS menyiarkan surat terbuka ditulis seorang pemilik akaun Facebook pada 17 Januari lalu yang mengkritik sikap tidak peduli dan sambil lewa Pusat Servis Proton di Kajang berhubung masalah hos turbo kereta anaknya, kami menerima ratusan komen pembaca.
Segalanya bermula apabila Abdul Halim Din tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan Pusat Servis Proton Victorange Automobile 4S Kajang kerana terlalu lambat bertindak untuk membaik pulih kereta anaknya yang baru dibeli November lalu sedangkan alat ganti diperlukan bukanlah sukar dicari.
Pelbagai komen kami terima sama ada di laman web atau Facebook PanduLaju. Seperti mana selalu kami sebut sebelum ini, kualiti dan perkhidmatan pusat servis adalah nyawa sesebuah pengeluar automotif untuk terus survival dan mengikat kesetiaan pembeli. Apa guna menghasilkan produk kereta yang bagus jika tidak mampu memberikan kualiti servis terbaik kepada pelanggan.
Semua tahu tiada kereta yang dihasilkan sempurna, tetapi itu bukanlah isu utama. Apa yang dipedulikan ialah cara sesebuah pusat servis itu memberikan respon dalam menangani sesuatu masalah.
Sudah tentu setiap pusat servis sudah sedia maklum dengan tahap kritikal kereta pelanggan yang dihantar kepada mereka. Sebagai contoh, tempoh masa servis biasa hendaklah diselesaikan dalam masa sehari atau mengikut sesi tempahan. Bagi kes kereta yang memerlukan baik pulih khas pula, sepatutnya ada pasukan atau mekanik tertentu dipertanggungjawabkan dan dibahagikan mengikut tahap kritikal.
Pendapat kami, kereta yang tidak kritikal sepatutnya diberikan prioriti. Kenapa? Ini untuk menjaga reputasi pengeluar itu sendiri. Bayangkan pengeluar datang mahu tukar lampu signal pecah, adakah disebabkan itu bukan kerosakan kritikal, maka Proton boleh buat endah tidak endah dengan beri alasan tiada alat ganti hingga perlu menunggu berbulan-bulan lama? Kemudian langsung tidak beri maklum balas kepada pelanggan. Sekurang-kurangnya telefonlah pelanggan tersebut selepas tiga hari, maklumkan apa berlaku. Bukan susah sangat pun kan?
Tapi takkanlah nak tukar signal sampai kena tunggu 2-3 minggu (sekadar contoh) dan beri macam-macam alasan? Itu sudah tentu menampakkan kelemahan pengurusan Pusat Servis berkenaan.
Akhir kata, kami siarkan kritikan, kecaman, pendapat dan saranan pembaca yang kami ambil dan kumpulkan daripada ruang komen di Facebook dan laman web.
BACA >>> Nak Hos Turbo Pun Tunggu Lebih 2 Minggu, Lelaki Ini Tulis Surat Terbuka Kepada Proton
BACA >>> Proton Saga Lancar di Nepal dengan Harga Serendah RM122k
Sharif ahmad bin n seeni says
Assalamualaikum saya sharif ahmad dari bukit jalil .....saya jugak seorang pembeli kerete national malaysia.... (Proton Preve Turbo spec) Memang kecewa dgn Service centre dan turbo oil cooler hose ......sedangkan proton sendiri tahu ada masalah dg oil cooler hose tapi bekal kan alat yang sama jugak... Oil cooler hose diberi tempoh KM tetapi pecah sebelum diberi masa proton langsung tak cari penyelesaian amat kecewa dah 3kali cooler hose pecah nasib saya baik kerana enjin tak pecah
MOHD ZAMRI BIN MAT JUSOH says
Jika masalah ini tidak di selesai,akibatnya makan diri sendiri. Bila rakyat dah cop atau tiada lagi kepercayaan lama kelamaan proton akan jadi buruk walau pelbagai cara telah dibuat untuk menyakinkan pengguna tentang kualiti,servis dan sebagai.saya pun memiliki kereta saga.pkai setahun dah ada masalah. Masuk 3 tahun kereta free gear semasa memotong lori.sekadar kongsi luahan dan pengalaman.terima kasih.
azhar ariffin says
salam...x berubah lg...ke proton..?..dh tahun 2021 ni...
.pengalaman saya pernah sekali beli baru kereta wira 1.5 SE...proton tahun 2004....dlm waranty...claim reverse sensor je rosak dekat 6 bulan..x sampai2..dh byk kali tepon brg x de.....kecewa..last2 beli sensor tu sendiri..dn pasang dari spaeepart kereta...lps tu saya terus servis bengkel luar...lg mudah...harap Proton ambil perhatian pasal benda2 camni..tolong la...rakyat bkn x sokong proton..tp berubah la....
Amie says
Saya juga pengguna tegar Proton.setia dengan Proton sejak Satria 1.6 M,putra, gen2, exora & Suprima S. Namun kini pandangan saya amat kecewa dgn servis Proton. Semakin merundum. Proton Suprima S saya pernah menghadapi masalah Gearbox (GB) CVT pada hujung 2017. Mujur masih dalam warranty so dapat gantian sebuah GB. Setahun selepas itu, masalah kembali. Hantar ke Pusat Servis Proton selepas 3 hari baru dimaklumkan masalah secondary bearing. Perlu juga ganti 1 GB. Kos RM9700 padahal sepatutnya masih dalam waranty kerana hanya setahun GB baru tersebut. Namun Proton informed tempoh warranty Suprima (5 tahun) telah tamat. Ya betul tapi ini GB masih baru.
Saya ambil keputusan utk bawa keluar Suprima dari pusat servis tersebut dan berusaha mencari bengkel luar. Alhamdulillah terjumpa 1 bengkel terkenal on gearbox di Pandan Indah. RM1400 termasuk servis minyak CVT baru. Tak perlu ganti seketul gearbox.
Itulah kekecewaan terbesar saya dgn servis Proton.
Ini belum cerita isu missfire spark plug yg Proton cuba selesaikan dalam tempoh almost 2 tahun. Keluar masuk pusat servis yang sama. Almost RM2000 habis tapi masih belum selesai. Alasan kerana saya pakai intercooler front mount. Since 1st day pakai tak pernah ada masalah selama 4 tahun.Akur dgn nasihat pusat servis..saya pon guna kembali intercooler asal.. masalah masih terjadi. Check engine light menunjukkan error yg sama. Iginition coil. Dalam tempoh setahun saya tukar 2 ignition coil dgn Proton. 1 ignition coil RM250.
Saya ambil keputusan utk baiki di bengkel luar. Seorang apek yg saya kenal sejak saya menggunakan Satria 1.6, 20 tahun yg lalu. Apek tu tak ada code reader tapi mengharapkan code reader saya sahaja. Ntah apa soket yg dia ganti. "Itu plastik soket ada longgar. Itu pasal api tak manyak cantik..Sudah mau picah.saya ganti itu barang baru" katanya..Rm40 sahaja.
Saya masih menaruh harapan kepada Proton. Your pride & glory of the past should be the guidance for the future.Kembalikan kegemilangan yang lalu. Jangan semakin maju utk tukar badge sahaja
Fini says
15/2/2021:Booking Proton X50. 12/8/2021: Dpt kereta, bawa balik & drive.Alhamdulillah teruja sbbnya xada masalah. Bank kol dlm masa sebulan kata owner kena p JPJ sbbnya rekod salah dlm Geran Kereta, msa ni dh kol salesman, dia cakap akn usaha jugak walau masa tu musim COVID tgh tinggi.Tunggu punya tunggu habuk pun tarak😇😇😇so saya sendri yg p kt JPJ, bukan main susah nk tetapkan appointment dgn JPJ waktu tu sbb dgn kes COVID masih tinggi.Janji salesman hnyalah janji tinggal janji sahaja sehingga ke hr ini.Saya settle sndri masalah tu di JPJ sdgkn kesalahan tu bukan di pihak saya sbg customer. Lps serah kunci tu langsung drp hr tu sehingga ke masalah di geran kereta saya selesai pun, masih tidak ada khabr lngsung dr Pihak salesman di Harima di Kota Bharu. 26/2/2022: Banjir besar melanda Kelantan, esp kwsn Rantau Panjang,Kelantan. 6/3/2022: Kol Talian Bebas Tol Proton untuk semakan tunda kereta ke pusat servis sbbnya kereta breakdown sbb banjir.Tetapi malangnya semua pemandu Truck Towing disahkan kena COVID, maka diminta oleh pihak penunda kereta untuk Customer kol mna2 penunda truck untuk dibawa ke Pusat Servis Harima, byran akn di byr oleh customer terlebih dahulu, lps tu Proton akn ganti balik.Tunggu punya tunggu, lps tu kata akn kol balik sehingga ke hari ni lesap xthu bila duit untuk tunda kereta Proton X50 saya sebanyak RM500 di kira ‘burnt’ mcm tu shj sbbnya sehingga sekrg masih lg belum dihubungi oleh pihak talian bebas tol dr Proton, sdgkn diterangkan kpd customer bahawasanya blh claim balik atas towing tu🥵🥵🥵😇😇😇😇. 13/3/2022: Customer calls pd pihak Harima tnya progress mcm mna, pihak servis kata tunggu drp pihak servis akn kol balik.Tunggu punya tunggu xada kol langsung, saya xthu apa progress cerita kereta Proton X50 saya. 20/3/2022: Customer p kt pusat servis, masa tu Kereta Proton X50 saya dh di togelkan
dgn alasan pihak servis akn pastikan brg2 semua dlm keadaan betul2 kering.Tp langsung tidak ada sebarang panggilan dibuat kpd pelanggan, saya minta quotation untuk nk p buat report polis tp malangnya masih lg kata tunggu shj drp pihak Harima untuk dpt quotation tu.Sehingga sekrg 20/5/2022 masih tidak dpt keluarkan sebrg quotation untuk customer😇😇😇😇. 9/4/2022: Di sambut oleh SM Harima bernama Man @ Me, saya dh complaint kata drp tarikh 6/3 lg customer duk tertunggu2 mcm mna progress, dia kata dia akn kol untuk update progress.Sma jugak jnji tinggal jnji semua, kol pun xada, whatsap jauh sma sekali. 16/4/2022: Saya ke pusat servis skali lg nk tnya progress mcm mna, tp masa tu kereta saya dimaklumkan akn dpt seminggu sebelum raya sbbnya untuk proses test running dan sebagainya.Masa tu dimaklumkan yg kereta saya dibawa ke Pusat Servis Terbesar di Kelantan iaitu di Tunjong.Masa tu dh rasa mcm nk happy sbbnya kereta dh ada progress. 23/4-30/4/2022 :Duk tnggu kol suruh ambik kereta drp pihak Harima, xada langsung kol sehingga ke tibalah Hari Raya😇😇😇😇alasan xjumpa no phone customer😇😇😇😇. 7/5/2022: Say whsatap pd SM Harima , respond nya, tunggu kol drp pihak Harima, kata kereta akn dpt pd 12/5/2022 iaitu hr Khms. 12/5/2022:Tunggu punya tunggu, jnji tinggal jnji 🥵🥵🥵😰😰😰😇😇😇😇😇😇😇😇. 14/5/2022: Customer Whatsap lg tnya mcm mna progress tp dimaklum kata kereta ada masalah, bila tnya apa masalah,tunggu kita akn kol maklum pd customer. 15/5-19/5/2022: Langsung xada kol.Customer tunggu punya tunggu sbb nk thu apa masalah. 20/5/2022: Customer whstsp lg tnya, bila customer ‘mengamuk’ sakan bru p ambik smula kereta Proton X50 saya di bawa semula ke Pusat Servis Proton Harima😇😇😇😇😇Kesimpulannya di sini almost near 3 months customer cuma BAYAR FREE tnpq dpt guna kereta sbb kereta masih xthu apa2 progress, apa yg sya betul2 KECEWA adalah TOO MUCH BAD SERVICES AFTER SALES PROTON ESP HARIMA DI KOTA BHARU‼️‼️‼️‼️Very2 bad experiences that I had met since using to support Melayu punya business mahupun service🥵🥵🥵🥵😰😰😰😰Sedih rasanya klu kita as customer dipermainkan serta diperkotak katik kan oleh bangsa Melayu sndri