• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Saga Lancar di Nepal dengan Harga Serendah RM122k

Proton Saga Lancar di Nepal dengan Harga Serendah RM122k

January 14, 2021 By AI Leave a Comment

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR automotif nasional, Proton meluaskan pasaran eksport jenama itu di Nepal menerusi pelancaran sedan segmen-A, Saga yang dibuat secara maya dalam laman Facebook Proton Cars Nepal.

Ada dua varian Saga dibawa masuk menerusi wakil pengedar rasmi Proton di Nepal, Jagdamba Motors, iaitu:

  • Saga 1.3L Standard (MT) - 3,550,000 rupee (RM122,700), warna Armour Silver (perak)
  • Saga 1.3L Premium (AT) - 3,950,000 rupee (RM136,600), warna Ruby Red (merah), Snow White (putih), Jet Grey (kelabu) dan Rosewood Maroon (marun).

Saga versi Nepal dijana enjin 1,299cc, sama seperti Pakistan dan dipadankan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Varian Saga 1.3L Standard dengan transmisi manual didatangkan dengan stereng boleh laras, kerusi fabrik, sambungan Bluetooth, dua pembesar suara dan rim 14 inci.

Saga 1.3L Premium pula dilengkapkan lampu siang (DRL) LED, rim aloi dwi-tona 15 inci, stereng dengan punat kawalan, unit infotainment 7 inci, empat pembesar suara dan dua palam USB.

Ciri keselamatan didatangkan dengan dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), sensor parkir belakang dan Kawalan Traksi (TRC). Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti lima tahun atau 150,000km, yang mana satu tiba dahulu.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Proton Saga Anniversary Edition!!!
BACA >>> Proton Saga Cecah Usia 35 Tahun, Sudah Terjual 1.8 Juta Unit!

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Proton, Proton Saga, Proton Saga 1.3L, Roda4, Sedan Segmen-A

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Kompilasi Komen Pembaca yang Bengang dengan Kualiti Pusat Servis Proton
    Kompilasi Komen Pembaca yang Bengang dengan Kualiti Pusat Servis Proton
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing
    Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my