SELEPAS menyiarkan surat terbuka ditulis seorang pemilik akaun Facebook pada 17 Januari lalu yang mengkritik sikap tidak peduli dan sambil lewa Pusat Servis Proton di Kajang berhubung masalah hos turbo kereta anaknya, kami menerima ratusan komen pembaca.
Segalanya bermula apabila Abdul Halim Din tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan Pusat Servis Proton Victorange Automobile 4S Kajang kerana terlalu lambat bertindak untuk membaik pulih kereta anaknya yang baru dibeli November lalu sedangkan alat ganti diperlukan bukanlah sukar dicari.
Pelbagai komen kami terima sama ada di laman web atau Facebook PanduLaju. Seperti mana selalu kami sebut sebelum ini, kualiti dan perkhidmatan pusat servis adalah nyawa sesebuah pengeluar automotif untuk terus survival dan mengikat kesetiaan pembeli. Apa guna menghasilkan produk kereta yang bagus jika tidak mampu memberikan kualiti servis terbaik kepada pelanggan.
Semua tahu tiada kereta yang dihasilkan sempurna, tetapi itu bukanlah isu utama. Apa yang dipedulikan ialah cara sesebuah pusat servis itu memberikan respon dalam menangani sesuatu masalah.
Sudah tentu setiap pusat servis sudah sedia maklum dengan tahap kritikal kereta pelanggan yang dihantar kepada mereka. Sebagai contoh, tempoh masa servis biasa hendaklah diselesaikan dalam masa sehari atau mengikut sesi tempahan. Bagi kes kereta yang memerlukan baik pulih khas pula, sepatutnya ada pasukan atau mekanik tertentu dipertanggungjawabkan dan dibahagikan mengikut tahap kritikal.
Pendapat kami, kereta yang tidak kritikal sepatutnya diberikan prioriti. Kenapa? Ini untuk menjaga reputasi pengeluar itu sendiri. Bayangkan pengeluar datang mahu tukar lampu signal pecah, adakah disebabkan itu bukan kerosakan kritikal, maka Proton boleh buat endah tidak endah dengan beri alasan tiada alat ganti hingga perlu menunggu berbulan-bulan lama? Kemudian langsung tidak beri maklum balas kepada pelanggan. Sekurang-kurangnya telefonlah pelanggan tersebut selepas tiga hari, maklumkan apa berlaku. Bukan susah sangat pun kan?
Tapi takkanlah nak tukar signal sampai kena tunggu 2-3 minggu (sekadar contoh) dan beri macam-macam alasan? Itu sudah tentu menampakkan kelemahan pengurusan Pusat Servis berkenaan.
Akhir kata, kami siarkan kritikan, kecaman, pendapat dan saranan pembaca yang kami ambil dan kumpulkan daripada ruang komen di Facebook dan laman web.
BACA >>> Nak Hos Turbo Pun Tunggu Lebih 2 Minggu, Lelaki Ini Tulis Surat Terbuka Kepada Proton
BACA >>> Proton Saga Lancar di Nepal dengan Harga Serendah RM122k
Sharif ahmad bin n seeni says
Assalamualaikum saya sharif ahmad dari bukit jalil …..saya jugak seorang pembeli kerete national malaysia…. (Proton Preve Turbo spec) Memang kecewa dgn Service centre dan turbo oil cooler hose ……sedangkan proton sendiri tahu ada masalah dg oil cooler hose tapi bekal kan alat yang sama jugak… Oil cooler hose diberi tempoh KM tetapi pecah sebelum diberi masa proton langsung tak cari penyelesaian amat kecewa dah 3kali cooler hose pecah nasib saya baik kerana enjin tak pecah
MOHD ZAMRI BIN MAT JUSOH says
Jika masalah ini tidak di selesai,akibatnya makan diri sendiri. Bila rakyat dah cop atau tiada lagi kepercayaan lama kelamaan proton akan jadi buruk walau pelbagai cara telah dibuat untuk menyakinkan pengguna tentang kualiti,servis dan sebagai.saya pun memiliki kereta saga.pkai setahun dah ada masalah. Masuk 3 tahun kereta free gear semasa memotong lori.sekadar kongsi luahan dan pengalaman.terima kasih.