JENAMA automotif dari Vietnam, VinFast memperkenalkan motosikal elektrik baharu dinamakan Theon yang berkuasa 4.7hp dan boleh mencapai kelajuan maksimum hingga 90kmj.
Theon menampilkan rekabentuk unik dan tersendiri yang dipadankan sosok badan kompak dengan rekabentuk sedikit menyamai model Klara. Dimensi badan pula hampir sama seperti Honda SH dengan panjang 2,006mm, lebar 800mm, dan tinggi 1,255mm, manakala jarak roda 1,360mm. Jarak lega bumi pula 160mm dan tinggi pelana 780mm.
SH pula memiliki panjang 2,090mm, lebar 739mm, dan tinggi 1,129mm, manakala jarak roda 1,353mm dengan jarak lega bumi 146mm dan tinggi pelana 799mm. Theon memiliki saiz lebih besar berbanding SH dalam banyak sudut, cuma lebih kompak dan rendah. Skuter elektrik VinFast itu juga lebih berat, iaitu 146kg berbanding SH 134kg.
Apa dapat dilihat, pembangunan Theon adalah berasaskan SH dari segi dimensi badan dan keseluruhan rekabentuk badan skuter Honda itu.
Sistem lampu menggunakan projektor LED dalam dua kluster. Lampu signal belok diposisikan lebih rendah pada sudut fairing depan. Rim aloi 5-jejari bersaiz 16 inci depan dan belakang. Bagaimanapun, rekabentuk Theon nampak sedikit kaku berbanding SH yang lebih elegan.
Ciri dimiliki Theon lebih banyak berbanding SH. Aataranya kluster instrumen LCD digital, fungsi kunci motosikal menggunakan aplikasi telefon pintar, kemas kini perisian menerusi telefon dan navigasi GPS. Model ini juga dilengkapkan dengan kunci pintar, tangki minyak 17 liter, dua mod tunggangan, iaitu Eco dan Sport, manakala sistem suspensi menggunakan komponen Showa.
VinFast juga dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran di depan dan belakang. Kapasiti motot elektrik ialah 3,500Watt yang menyamai kuasa 4.7hp dengan kapasiti maksimum 7,100Watt (9.5hp). Trenkuasa bebas emisi itu diletakkan pada bahagian tengah motor dan menggunakan pacuan rantai seperti motosikal konvensional berbanding hab roda.
Kapasiti penuh bateri ialah 49.6Ah dengan berat 19kg dengan cas penuh mengambil masa 5.5-6 jam. Pek bateri IP67 digunakan juga jenis kalis air. Tunggangan 30kmj membolehkan Theon mencapai perbatuan 101km dengan sekali cas penuh. Setakat ini, harga skuter elektrik ini masih belum diumumkan, tetapi anggaran dijangka antara 70-90 juta dong (RM12,300-15,800).
BACA >>> BMW Motorrad Patenkan Teknologi Supercas Elektrik untuk Motosikal
BACA >>> Toyota Bakal Bangunkan Bateri Kereta Elektrik yang Boleh Cas Penuh 10 Minit Sahaja
SUMBER: Zingnews.vn
Leave a Reply