• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW Motorrad Patenkan Teknologi Supercas Elektrik untuk Motosikal

BMW Motorrad Patenkan Teknologi Supercas Elektrik untuk Motosikal

August 20, 2019 By AI Leave a Comment

129
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad ialah subjenama di bawah pengeluar automotif terkenal dunia dari Jerman, BMW yang menumpukan kepada pengeluaran produk motosikal. Terbaharu, jenama itu bakal menyertai rakan pengeluar lain seperti Kawasaki yang kini memiliki tiga model supercas H2, termasuk Honda dan Suzuki yang pernah memberikan bayangkan tentang produk pengecas turbo.

BMW Motorrad dilaporkan baru saja memfailkan paten rekabentuk motosikal supercas elektrik (electric supercharge) dengan lakaran berasaskan model S1000RR. Sebagai makluman, penggunaan teknologi motor elektrik sebagai komponen induksi paksaan (forced-induction) untuk enjin bukanlah perkara baharu dalam dunia motosikal.

BACA >>> Yamaha Sedang Bangunkan Enjin Turbo Kembar, Lakaran Paten Didedahkan

BUKAN TEKNOLOGI BAHARU

Teknologi ini terlebih dulu digunakan dalam dunia kereta, bermula di trek Formula Satu (F1). Asasnya, motor elektrik berfungsi menggerakkan peranti pengecas turbo dan supercas untuk menghasilkan pusuan (surge) ke atas enjin.

Dalam F1, teknologi ini digunakan untuk menangani masalah jeda turbo (turbo lag). Jadi, enjin akan mendapat ekstra rangsangan pada rev rendah, sekali gus meningkatkan kecekapan bahan api dan mengoptimumkan prestasi. Secara logik, ligatan enjin rendah dalam putaran per minit (RPM) membuatkan enjin kurang stres dan pada masa sama meminimumkan masalah nyahkuasa.

Namun, jurutera mula memajukan lagi idea tersebut selangkah ke depan. Daripada menjadikan gas ekzos (pengecas turbo) atau sistem mekanikal enjin (supercas) sebagai sumber pusuan, kini motor elektrik dilihat sebagai alternatif sumber pusuan baharu. Di sinilah supercas elektrik (supercharge electric) tercipta.

BACA >>> Videotomotif: Suzuki Hayabusa Tumpaskan Kawasaki Ninja H2 Bertiang-Tiang?

Walaupun idea tersebut agak mudah difikirkan, tetapi pembuatan dan pelaksanaan agak sukar dilakukan kerana memerlukan sistem pengurusan enjin yang rumit. Bagaimanapun, BMW Motorrad berjaya merealisasikan idea tersebut yang ditunjukkan menerusi paten pada enjin S1000RR. Malah, teknologi ini boleh digunakan untuk semua enjin motosikal BMW.

Terima kasih kepada syarat emisi yang semakin ketat di Eropah.  Seperti dalam industri kereta, pengeluar motosikal juga sedia maklum bahawa sistem induksi paksaan ketika ini adalah satu-satunya cara terbaik setakat ini untuk melepasi peraturan emisi antarabangsa.

BACA >>> Honda Patenkan Winglet Cermin Sisi untuk CBR1000RR

SUMBER: AsphaltAndRubber
129
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, BMW Enjin Supercas, BMW Motorrad, BMW S1000RR, Dokumen Paten, Enjin supercas, enjin turbo, Kawasaki, Kawasaki H2, paten, Paten BMW, roda2, Teknologi Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
    Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my