• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Bezza Terima 25,000 Unit Tempahan, 10,000 Sudah Selamat Tiba Kepada Pelanggan

Perodua Bezza Terima 25,000 Unit Tempahan, 10,000 Sudah Selamat Tiba Kepada Pelanggan

August 30, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Tempahan Perodua BezzaTIDAK sampai dua bulan, Perodua sudah menerima 25,000 unit tempahan Perodua Bezza. Daripada jumlah itu, sebanyak 10,000 unit sudah diserahkan kepada pelanggan.

Zetty Aswani Fazwin Mahrol Fazwin, 28, menjadi pelanggan bertuah  ke 10,000 yang menerima Perodua Bezza. Ia diraikan dalam satu majlis penghargaan dan penyerahan kunci oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dr. Zahari Husin.

Menurut Perodua, varian Advanced 1.3L menjadi pilihan tertinggi dan diikuti dengan Premium X 1.3L (automatik).

tempahan Perodua BezzaVARIAN PILIHAN RAMAI

  • Perodua Bezza 1.3L Advanced - 44 peratus
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X (auto) - 43 peratus
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X (manual) - 3 peratus
  • Perodua Bezza 1.0L Standard (auto) - 9 peratus
  • Perodua Bezza 1.0L Standard (manual) - 1 peratus

" Pada Julai, kami sudah serahkan sebanyak 2,600 unit Perodua Bezza dan bulan ini 7,400 unit," ujar Dr. Zahari.

BACA>>> Ketahui 12 Fakta Menarik Sebelum Mahu Beli Perodua Bezza (2016)

Perodua Bezza
Perodua Bezza

MODEL SEDAN PERTAMA

Perodua Bezza adalah model sedan pertama Perodua dan dijual pada harga bermula RM37,300 hingga RM50,800. Ia ditawarkan dalam lima varian berbeza dengan dua pilihan enjin iaitu 1.0L dan 1.3L.

SISTEM MULA-HENTI

Buat pertama kali Perodua Bezza memperkenalkan sistem mula-henti (Eco Idle) pada varian Advance yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2.

Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu.

Perodua BezzaCIRI KESELAMATAN

Bagi versi Advance, Perodua Bezza menerima penarafan keselamatan 5-bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP. Jadi, pandulah tanpa was-was dan jangan stres, tetapi mesti berhati-hati di jalan raya.

WARANTI 5 TAHUN

Sama seperti model Perodua sedia ada, Bezza turut ditawarkan waranti selama LIMA TAHUN atau 150,000KM PERBATUAN.

BACA>>> Foto Proton Saga 2016 Bocor! Mampukah Cabar Perodua Bezza?

OPSYEN 6 WARNA MENARIK

  • Sugar Brown (coklat)
  • Ocean Blue (biru) – 1.3L saja
  • Lava Red (merah)
  • Ebony Black (hitam)
  • Glittering Silver (perak)
  • Solid Ivory White (putih)

PAKEJ GEAR UP

Buat anda yang mahukan rupa lebih sporty dan mengancam, Perodua menawarkan empat pakej Gear Up khas buat kaki tak boleh tengok barang standard. Jenis pakej boleh rujuk jadual di bawah:Perodua Bezza Gear Up

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dr Zahari Husin, Model Sedan Perodua, Perodua, Perodua Bezza, Perodua Bezza Advanced, tempahan Perodua Bezza, Zetty Aswani Fazwin Mahrol Fazwin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev