Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ketahui 12 Fakta Menarik Sebelum Mahu Beli Perodua Bezza (2016)
Auto Terkini

Ketahui 12 Fakta Menarik Sebelum Mahu Beli Perodua Bezza (2016)

Abang GYLBy Abang GYL22/07/20164 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Bezza! Model sedan pertama Perodua yang dinanti-nanti rakyat Malaysia akhirnya tiba. Selepas menempuhi pelbagai halangan dan dugaan berikutan beberapa gambar bocor di laman sosial, Perodua Bezza secara rasminya diperkenalkan sebentar tadi dengan harga jualan bermula RM37,300 hingga RM50,800

Perodua Bezza atau sebelum ini dikenali sebagai Perodua Sedan ditawarkan dalam lima varian berbeza dengan dua pilihan enjin iaitu 1.0L dan 1.3L. Bagi anda yang dalam perancangan mahu membeli Perodua Bezza, PanduLaju sediakan 12 fakta penting yang anda perlu tahu mengenai model kompak sedan Perodua ini.

1. HARGA KOMPETITIF

2. DUA PILIHAN ENJIN

  • Perodua Bezza 1.0L – 1KR-VE dengan VVT-i; 67hp (6,000rpm); 91Nm (4,400rpm)
  • Perodua Bezza 1.3L – 1NR-VE dengan Dual VVT-i; 94hp (4,400rpm); 121Nm (4,000rpm).

3. TAMPIL 5 VARIAN

Perodua Bezza menampilkan lima varian berbeza:

  • Standard G 1.0L (MT)
  • Standard G 1.0L (AT)
  • Premium X 1.3L (MT)
  • Premium X 1.3L (AT)
  • Advance 1.3L (AT).

Pastinya berita lega buat penggemar gear manual. Cuma transmisi manual tiada pada varian Advance. Alah, kedai aksesorikan banyak.

4. CIRI KESELAMATAN TERMAJU

Semua varian Bezza dilengkapi:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik( EBD)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) – Advance sahaja.

Nampaknya, pemanduan Bezza pasti jadi lebih meyakinkan, terutama di selekoh atau ketika berdepan situasi mencemaskan.

5. SISTEM MULA-HENTI

Buat pertama kali Perodua Bezza memperkenalkan sistem mula-henti (Eco Idle) pada varian Advance yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2.

Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu.

Bersama ciri mirip kenderaan hibrid, Bezza amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk. Kesimpulannya, Bezza menawarkan penggunaan bahan api ekonomi. Malah, juga mesra alam.

6. TEKNOLOGI TERKINI

Pembeli Bezza Premium X dan Advance dibekalkan:

  • Filem pelindung keselamatan dan solar
  • Akses pintar
  • Punat mula-henti
  • Port USB untuk slot telefon bimbit di konsol belakang
  • Punat kawalan jauh untuk buka but.

Ciri audio pula:

  • Standard bersama sambungan USB (semua varian)
  • Tambahan fungsi wayarles, Bluetooth (Premium X)
  • Sistem multimedia dengan navigasi dan ‘Smart Link’ berserta kamera undur (Advance)

Tidak syak lagi Bezza dibekalkan ciri teknologi terkini yang juga ada pada model-model masa kini.

Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza

7. RATING 5-BINTANG ASEAN NCAP

Bagi versi Advance, Perodua Bezza menerima penarafan keselamatan 5-bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP. Jadi, pandulah tanpa was-was dan jangan stres, tetapi mesti berhati-hati di jalan raya.

8. WARANTI 5 TAHUN

Sama seperti model Perodua sedia ada, Bezza turut ditawarkan waranti selama LIMA TAHUN atau 150,000KM PERBATUAN. Lenjan betul-betul ok!

9. PRAKTIKALITI

Konfigurasi tempat duduk belakang Bezza boleh dilipat secara 60:40 untuk mendapatkan lebih ruang muatan. Jika anda kaki shopping di kedai perabot IKEA, Bezza mungkin boleh dibawa masuk dalam senarai.

10. OPSYEN 6 WARNA MENARIK

  • Sugar Brown (coklat)
  • Ocean Blue (biru) – 1.3L saja
  • Lava Red (merah)
  • Ebony Black (hitam)
  • Glittering Silver (perak)
  • Solid Ivory White (putih)

11. PAKEJ GEAR UP

Buat anda yang mahukan rupa lebih sporty dan mengancam, Perodua menawarkan empat pakej Gear Up khas buat kaki tak boleh tengok barang standard. Jenis pakej boleh rujuk jadual di bawah:

Perodua Bezza Gear Up

12. TIADA TEMPOH MENUNGGU

Selepas lima hari tempahan dibuka, Perodua Bezza menerima 4,028 unit tempahan. Menurut Perodua, tiada tempoh menunggu bagi model Bezza buat masa ini.

Jadi, anda boleh dapatkan Bezza tanpa menunggu tempoh masa lama. Hah, tunggu apa lagi. Sila datang ke bilik pameran Perodua, cepat!

GALERI

Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Bezza Model Sedan Perodua Perodua Perodua Bezza Perodua Bezza 2016 Perodua Sedan
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    23/06/2026
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    23/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026

    4 Comments

    1. Belang Tarung on 22/02/2017 10:36

      terbaiklah memang tangkap cintan ngan bezza sudah

      Reply
    2. Sarah on 19/10/2018 19:32

      Tiada tempoh menunggu? Contact service center katanya perodua premium x tempoh menunggu selama 3bulan.

      Reply
    3. Perodua Car Lovers on 24/05/2019 02:39

      Terima kasih atas info yang berguna.
      Mohon izin untuk share di page saya tuan.

      Reply
    4. Puvan on 19/05/2020 22:33

      Bezza advance dah tunggu dekat 3 bulan
      Lan pon nak expired selepas 3 bulan,lepas itu kena renew loan.
      Menyusakan

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.