PENGGUNA jalan raya yang didapati membuang sampah dari kenderaan boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan.
Merujuk klip video yang tular semalam, JPJ Kelantan mendakwa sudah mengeluarkan notis temu siasat kepada pemilik kenderaan mengenai tindakan seorang wanita melontar sampah keluar dari kereta tersebut, dipercayai berlaku di Kelantan.
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19
Perbuatan itu menyalahi Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pelaku boleh diambil tindakan menurut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika mengulangi kesalahan sama boleh berdepan hukuman denda hingga RM4,000 atau penjara tidak lebih dua bulan, atau kedua-duanya.
Semalam, tular satu klip video memaparkan sebuah Perodua Bezza berhenti di tepi jambatan sebelum seorang wanita menjenguk keluar dari tingkap dan melontar bungkusan plastik ke dalam sungai.
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Hilangkan Bau Busuk dalam Kereta
Leave a Reply