SEBUT saja jenama Honda, kami yakin ia memiliki jutaan peminat. Honda Civic ES adalah salah satu model kegilaan anak muda masa kini.
Hasil kerja keras daripada tim SHIFT, kami diberi peluang menyiarkan Honda Civic ES dalam ruangan Bikin Kereta bagi minggu ini.
Menurut empunya jentera, Aboy Dino, Honda Civic ES keluaran 2001 ini sudah melalui beberapa proses penambahbaikan yang ekstrem. Antaranya ruangan enjin yang dirombak semula bagi mendapatkan prestasi lebih menyeronokkan.
ENJIN K20A TYPE R
Perkara pertama yang dilakukan Aboy Dino adalah penukaran nadi. Bukan yang biasa-biasa ya. Ia memilih enjin K20A Type R daripada model Honda Integra DC5!
Sebaik menerima nadi K20A Type R, ia diberikan sedikit sentuhan bagi mendapatkan prestasi lebih mengagumkan. Ia dipasangkan unit ekstraktor dari Skunk2 Alpha, ‘air ram’ stainless steel kustom bersama-sama penapis udara K&N.
Selain itu, Honda Civic ES ini juga dilengkapi sistem pancitan dari model FD2R dan palam pencucuh NGK Iridium untuk penjanaan kuasa lebih baik. Keseluruhan enjin turut menggunakan hos sambungan Samco Sport.
Manakala gas karbon hasil dari pembakaran dalam ruangan kebuk dihantar keluar menerusi paip stainless steel yang dipadankan bersama muffler ekzos dari J’S Racing. Tugasan sistem brek pula diserahkan kepada brek dari jenama Brembo.
KESELAMATAN DIUTAMAKAN
Untuk keselesaan dan pemanduan lebih stabil, Honda Civic ES dipadankan dengan sistem suspensi boleh laras GAB SS HLSH. Ia turut dipasang dengan bar anti-roll, bar fender, ‘strut bar’, dan ‘rear sway’ bar Ultra Racing serta kit chamber Hardrace.
Memasuki ruang dalaman, ia menggunakan papan pemuka daripada model Honda Integra DC5 Type R. Antara penambahbaikan dalaman lain terdiri daripada tempat duduk ES3 RS, karpet DC5, pedal dan tombol gear aluminium serta cermin tengah Spoon Sport.
MERAH ITU GARANG
Beralih ke bahagian luaran pula, beberapa aksesori dari model ES3 RS dipadankan pada badan jentera ini. Antaranya lampu hadapan, bumpar hadapan dan belakang, gril hadapan, skirt sisi, cermin, moulding pintu dan spoiler. Paling penting, kesemuanya bewarna merah. Ya, ia tampak garang dan menarik.
Untuk tampak lebih bergaya, Honda Civic ES dipasangkan dengan rim asal DC5 Type R berukuran 17 inci dan ‘dikahwinkan’ bersama tayar Michellin Pilot Sport 3.
Buat peminat Honda, sila berhati-hati ketika terjumpa jentera ini atas jalan raya. Jangan sesekali cabar, jika tidak anda akan menyesal. Tak percaya? Bersiap sedia ‘makan asap’ nanti.
TEKS Arahman Crew FOTO Shah Bahulu@Adam Photography
SPESIFIKASI
Honda Civic ES 2001
ENJIN ASAL D17A Auto
MODIFIKASI ENJIN K20A Type R DC5, Extractor Skunk2 Alpha, air filter K&N, air ram steel custom, stainless steel piping, J’S Racing exhaust muffler, Samco Sport hose, hood damper Tein, injection FD2R, NGK Iridium spark plug
ELEKTRONIK Pivot Meter
SUSPENSI & CASIS GAB SS adjustable HLSH, rear ARB DC5, bar (fender, strut, anti-roll, sway) Ultra Racing, Hardrace chamber kit
BREK Brembo
RODA Rim DC5 Type R, tayar Michellin Pilot Sport 3, nut Rays
DALAMAN Papan pemuka DC5 Type R, stering DC5 Type R, knob gear & paddle alluminium, tali pinggang ES3 RS, karpet DC5, cermin sisi Spoon Sport, kerusi ES3 RS (depan), kerusi kulit (belakang)
LUARAN Lampu utama ES3 RS, lampu kabus ES9, bampar hadapan facelift ES3, bampar belakang ES3, skirting RS, side marker, emblem Type R, gril depan RS, cermin RS, moulding pintu RS, spoiler RS
BENGKEL S.I Autowork
PEMILIK Aboy Dino
Ashraf says
Berapa habis modal klau buat mcm tu sbb saya pun nak modi jadi mcm tuu jugak..sekadar bertanya..newbies lg..baru nk berjinak dlm dunia es
sharman says
bos, nak tya pasal bracket mounting yg di tambah utk masuk enjin k20a tu. boleh wasap saya terus tak ?. 0196605866 man. perlukan advise ni. tq
Khai says
Wow ada civic es user lagi skrg..saya cdg nak beli gak scndhand tahun depan