• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Sportage JBL Black Edition (2021) Tawar Pembesar Suara Premium Berkualiti

Kia Sportage JBL Black Edition (2021) Tawar Pembesar Suara Premium Berkualiti

December 21, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA UK memperkenalkan crossover Sportage JBL Black Edition untuk pasaran negara Eropah itu pada harga bermula £28,545 (RM154,130).

Kenderaan utiliti sukan (SUV) edisi terhad JBL itu didatangkan dengan sistem audio lapan pembesar suara premium jenama JBL dengan subwufer, amplifier dan pembesar suara di tengah depan sebagai standard. Ciri lain termasuk aksen luar hitam berkilat, gril jejaring, sil pintu, lampu utama, lampu kabus dan rak bumbung.

Sementara itu, kemasan metalik sepanjang depan dan bawah sil sisi turut disemburkan warna hitam berkilat supaya sepadan dengan lencana Kia di depan dan belakang.  Turut dihitamkan ialah rim aloi hitam 17 inci, hendal pintu badan dan plat nama Sportage.

Sportage JBL Black Edition didatangkan dalam warna hitam eksklusif Phantom Black, manakala ruang kabin menggunakan upholsteri kulit hitam dengan stereng, tombol gear dan perehat tangan kemasan kulit.

Ciri lain ditawarkan ialah Pemantau Pandang Keliling (SVM) 360º, sensor Amaran Jarak Parkir (PDW) depan-belakang, bumbung suria/panoramik, lampu utama LED bi-fungsi dan lampu belakang LED. Juga disediakan  Sistem Entri Pintar dengan punat enjin mula-henti (start/stop), dan fungsi pemanas pada kerusi depan, belakang dan stereng.

Sistem hiburan dihidangkan unit infotainment skrin sentuh 8 inci terbaharu dengan konektiviti 'UVO Connect Phase II' telematik, termasuk Apple CarPlay serta Android Auto.

Sistem bantuan pemandu Sportage JBL Black Edition terdiri daripada ciri Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Lampu Suluh Tinggi (AHB), Fungsi Maklumat Had-Kelajuan (), Amaran Perhatian Pemandu (DAA), Bantuan Stabiliti Treler (TSA), Kawalan Bantuan Mula Daki (HAC) dan Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCAA) dengan pengesan pejalan kaki.

SUV ini ditawarkan dalam dua pilihan enjin, iaitu 1.6L T-GDi petrol (174hp) dan 1.6L CRDi diesel hibrid ringan 48V (134hp) dengan kotak gear manual 6-kelajuan atau automatik 7-kelajuan DCT.

BACA >>> Beginikah Rupa Kia Sportage (2022) Serba Baharu?
BACA >>> Kia Perkenal Sportage Ace (2021), Edisi Khas untuk Pasaran China

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Sportage JBL Black Edition, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my