• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beginikah Rupa Kia Sportage (2022) Serba Baharu?

Beginikah Rupa Kia Sportage (2022) Serba Baharu?

November 30, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA Sportage mencatatkan pertumbuhan jualan berterusan selama bertahun-tahun, terutama di pasaran Amerika Syarikat (AS). Kini cabaran mendatang semakin sengit yang perlu dihadapi daripada pesaing lain dalam segmen sama.

Ujian Sportage (2022)  bermula tidak lama selepas Hyundai mendedahkan model Tucson (2021) serba baharu. Walaupun dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tidak semestinya mirip secara kosmetik, tetapi ada beberapa persamaan dapat dilihat pada imej lakaran komputer yang baru saja didedahkan.

BACA >>> Hyundai Tucson (2021) Didedahkan, Tampil Rekabentuk Revolusioner

Dengan Tucson, ada banyak bentuk segitiga pada sisi yang menyerlahkan siluet badan. Profil Sportage (2022) serba baharu masih sama dengan model lama, tetapi berbeza aspek geometri pada bahagian depan. Lakaran komputer dihasilkan artis Korea Selatan, AtchaCars ini menumpukan kepada kepada bahagian depan, dengan menghilangkan lapisan kamoflaj foto intip untuk menampakkan gaya berani.

BACA >>> Sportage China Kia KX5 (2019) Lancar dengan Wajah Baharu yang Lebih Serius

Lampu utama LED berbentuk segi empat direka sporty, manakala gril direka serba baharu dan terpisah dua bahagian. Dengan kod nama NQ5, Sportage (2022) akan berentap dengan pesaing segmen-C seperti Toyota RAV4, Honda CR-V, Mazda CX-5, Volkswagen Tiguan, Nissan Rogue dan Subaru Forester.

Sportage (2022) serba baharu bakal menggunakan platform terbaharu yang sama seperti Tucson (2021), manakala trenkuasa mengikut pasaran.

Di AS misalnya, unit asas dipacu enjin 2.5L berkuasa 187hp dan tork 241Nm serta dipadankan transmisi automatik  8-kelajuan dalam sistem pacuan semua roda (AWD) sebagai pilihan.

Pasaran lain pula menawarkan varian hibrid dan hibrid plug-in (PHEV) dengan enjin 1.6L Turbo. Model baharu itu dijangka menggantikan varian diesel di Eropah dan Asia Pasifik.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Sedan Lebih Baik daripada SUV?
BACA >>> #Tahukah Anda: Inilah Teknologi Enjin Smartstream Hyundai yang Anda Perlu Tahu

Artikel Berkaitan

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: AtchaCars, Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Sportage (2022), Lakaran Komputer, rendering, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my