DUCATI Malaysia hari ini mendedahkan Superleggera V4 untuk pasaran tempatan berharga RM888,000 dan satu-satunya pemilik pertama superbike istimewa itu ialah Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin yang turut memiliki model Ducati lain seperti Panigale V4 R dan 1199 Panigale V4 S.
Apa yang istimewa tentang Superleggera V4?
- Superleggera membawa maksud 'Super Light'. Nama ini pernah digunakan model Ducati terdahulu.
- Inilah satu-satunya model motosikal sah jalanan di dunia dengan keseluruhan struktur casis (frem, subfrem, swingarm dan rim) dibina daripada material komposit.
- Bagi menepati standard keselamatan dan kualiti tinggi, semua komponen Superleggera V4 diuji 100 peratus menggunakan teknik sofistikated yang dipinjamkan daripada industri aeroangkasa seperti termografi, pemeriksaan ultrabunyi dan tomografi.
Berat kering cuma 159kg, iaitu 16kg lebih ringan daripada Panigale V4 dengan nisbah kuasa kepada berat 1.41hp/kg (rekod baharu sportbike sah jalanan). Berat ini dicapai menerusi penggunaan bahan gentian karbon, titanium dan bahagian dimesin daripada komponen aluminium solid.
- Penggunaan kit lumba mampu menambah baik angka prestasi standard Superleggera V4 kepada angka kuasa 234hp dan mengurangkan berat jentera kepada 152.2kg, sekali gus meningkatkan nisbah kuasa kepada berat menjadi 1.54hp/kg.
- Ciri unik dimiliki ialah sistem suspensi Öhlins, sistem brek Brembo dengan kaliper Sylema R.
- Komponen casis disatukan dengan pakej elektronik generasi terkini yang memuatkan teknologi EVO2 untuk Kawalan Traksi Ducati (DTC) dan Quick Shifter Ducati (DQS) up-down.
- Superleggera V4 ialah model edisi terhad, cuma 500 unit sahaja dihasilkan. Nombor identiti (ID) model Malaysia ini pula 210/500, sepadan dengan nombor pengenalan kenderaan (VIN) yang tertera pada frem, yok fork dan kunci penghidup.
- Menggunakan ekzos lumba Akrapovic yang dikalibrasikan khas dengan enjin. Ini memberikan penunggang akses kepada mod paparan RaceGP yang eksklusif untuk kegunaan trek seperti panel jentera MotoGP, Desmosedici GP20.
BACA >>> Ducati Serah Superleggera V4 Kepada Pembeli Pertama
BACA >>> Ducati Panigale V4 SP (2021) - Jentera Pengeluaran dengan Spesifikasi Trek!
Leave a Reply