• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah 5 Impak Besar Bas Sekolah Percuma Selain Ringankan Kos Sara Hidup

Inilah 5 Impak Besar Bas Sekolah Percuma Selain Ringankan Kos Sara Hidup

August 15, 2016 By Azhan O Leave a Comment

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

bas-sekolah-percuma-bg
APA kata anda mengenai rancangan Kerajaan mewujudkan bas sekolah percuma untuk anak-anak penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu kota seperti dilaporkan beberapa media arus perdana semalam?

BACA >>> Beri bas sekolah percuma

Menurut beberapa sumber media berkenaan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik mengeluarkan kenyataan mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada anak penghuni PPR di Kuala Lumpur. Menurut beliau, usaha itu ialah inisiatif Kerajaan untuk menangani isu kemiskinan bandar.

Apa kata PanduLaju?

Secara rasional, sudah tentu kami menyambut baik usaha tersebut yang pastinya sedikit sebanyak mengurangkan beban kos sara hidup penduduk PPR. Rasanya, rata-rata netizen juga tentu bersetuju dengan usaha baik berkenaan bukan? Namun, sebagai pengamal media dalam industri automotif, kami dapati inisiatif berkenaan sebenarnya bukan saja mampu membantu meringankan beban sara hidup, tetapi juga berupaya memberikan impak positif lain.

Jadi, apakah yang mampu bas sekolah percuma lakukan?

1. ATASI MASALAH TRAFIK

bas-sekolah-percuma-indonesia
Indonesia adalah salah satu negara di rantau ini yang menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma (dipanggil bus sekolah gratis). Bezanya, perkhidmatan pengangkutan awam percuma tersebut diberikan kepada semua murid sekolah, dan tidak terhad kepada komuniti tertentu sahaja. Antara tujuan 'bus sekolah gratis' dilakukan adalah meredakan kesesakan jalan raya di bandar sekitar Indonesia kerana ibu bapa perlu menghantar dan mengambil anak mereka. Ya, bas sekolah percuma jika dilaksanakan dengan baik mampu mengurangkan kesesakan jalan raya.

2. JAMINAN KESELAMATAN

bas-sekolah-gembira
Hari ini, sudah menjadi perkara biasa murid di ibu kota menggunakan pelbagai pengangkutan awam yang disediakan untuk pergi atau pulang sekolah. Antara yang menjadi kerisauan ibu bapa ialah hal keselamatan ketika menggunakan perkhidmatan awam tersebut sama ada teksi, LRT atau bas biasa kerana anak mereka perlu bercampur dengan pengguna lain.

Jadi, inisiatif bas sekolah percuma berserta drebar yang digajikan Kerajaan dapat membuatkan ibu bapa rasa lebih selamat dan percaya. Mungkin juga lebih baik jika bas sekolah itu nanti disediakan dua jenis, iaitu untuk murid sekolah rendah dan menengah.

3. PENANDA ARAS KUALITI & SERVIS

bas-sekolah-selesa
Tidak dapat dinafikan memang ada banyak perkhidmatan bas sekolah disediakan dengan bayaran berbeza. Malangnya, sesetengah perkhidmatan bas sekolah tersebut agak teruk dari segi kualiti dan servis disebabkan tiada saingan. Bas sekolah percuma yang selesa, bersih dan disenggara baik pasti menjadi standard baru kualiti yang mesti diikuti perkhidmatan bas sekolah berbayar sedia ada jika mahu kekal relevan. Walaupun bas sekolah percuma bakal membuatkan banyak perkhidmatan bas sekolah berbayar marah dan tidak puas hati, tetapi saingan sebegini sudah tentu disambut baik oleh pengguna.

BACA >>> GrabCar, Uber Jadi Pengangkutan Masa Depan, Mungkinkah Teksi Sudah Tidak Relevan?

4. DIDIK GUNA & JAGA PENGANGKUTAN AWAM


Inisiatif bas sekolah percuma secara tidak langsung dapat menyemai dan mendidik sikap menggunakan pengangkutan awam. Bukankah ini bertepatan dengan usaha Kerajaan yang mahukan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam, selain menjimatkan penggunaan rizab minyak negara yang boleh digunakan untuk kepentingan lain?

5. FASILITI DITAMBAH BAIK

bas-sekolah-stop
Disebabkan murid sekolah termasuk dalam kumpulan masyarakat yang perlu diberikan lebih perhatian, ini secara tidak langsung memberikan satu desakan kepada pihak berkuasa supaya menambah baik fasiliti sedia ada seperti hentian bas. Misalnya, bangku menunggu yang lebih sesuai dan mesra kanak-kanak, lampu dan pencahayaan yang cukup, sistem penggera dan bantuan kecemasan, WiFi atau telefon awam, dan lorong beratur yang terpisah daripada pengguna bas biasa. Penambahbaikan ini bukan saja baik untuk murid, tetapi juga pengguna perkhidmatan awam biasa.


Akhir sekali, sudah tentu pelaksanaan dan pengurusan. Murid perlu diajar menghormati hak awam dengan menggunakan bas sekolah percuma itu sebaiknya. Drebar pula mesti ada tanggungjawab menjaga bas sekolah seperti mana harta milik sendiri. Maksud harta sendiri di sini ialah ia perlu disayangi dan dijaga rapi. Bukan buat tidak endah saja. Peranan pihak Kerajaan juga jangan abaikan. Pihak berkuasa perlu peka dan pantas bertindak dengan aduan, menyelenggara dan memantau perkhidmatan, menambah baik jika perlu dan konsisten dengan usaha baik dilakukan. Bukan hanya hangat-hangat tahi ayam atau sekadar lepas tangan sahaja. 🙂

Related

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bas sekolah, bas sekolah percuma, bas sekolah percuma PPR, Kementerian Wilayah Persekutuan, kos sara hidup, Projek Perumahan Rakyat PPR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev