KAWASAKI Motor Thailand baru saja memperkenalkan dua model basikal baharu khas buat mereka yang meminati aktiviti atau sukan berbasikal, iaitu E-MTB dan Road Bike.
Rekabentuk kedua-dua basikal itu cukup menarik, dan begitu juga tanda harganya 😅. E-MTB berharga 218,000 baht (RM29,360), manakala Road Bike dijual pada harga 349,000 baht (RM46,990), menurut Facebook Kawasaki Motor Thailand.
BACA >>> Basikal Elektrik Pertama Harley-Davidson, Serial 1 Buka Tempahan, Harga Mula RM13.8k
Bagaimanapun, maklum balas diterima lebih ramai yang menyindir pengenalan basikal jenama Kawasaki itu yang sebenarnya sarat dengan komponen Shimano. Ada juga portal berita membandingkan harga Road Bike dengan sportbike Ninja ZX-25R yang dijual pada harga lebih murah, 269,000 baht (RM36,220) di Thailand.
Krisis Covid-19 banyak mengubah aspek kehidupan manusia, dan salah satunya semakin ramai menunjukkan minat bersukan seperti berbasikal.
Ada mendakwa peningkatan aktiviti berbasikal menyebabkan jualan basikal naik berlipat kali ganda. Mungkin ini sebab utama Kawasaki memberi perhatian kepada segmen basikal di Thailand.
Bagaimanapun, tidak banyak maklumat didedahkan mengenai spesifikasi dua basikal tersebut selain ciri frem gentian karbon dan seragam hijau hitam Kawasaki. Semakan di laman web Kawasaki Thailand mendapati belum ada perincian produk dipaparkan setakat ini.
Basikal jenis road bike memang diketahui umum berharga mahal kerana menggunakan komponen dan material sukan lumba.
BACA >>> Tidak Boleh Lagi Berbasikal di Lebuh Raya, Kecuali...
Kawasaki Road Bike
Kawasaki E-MTB
SUMBER: MotorPlus | KawasakiMotorThailand
Leave a Reply