• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gambar Sisi Proton Persona 2016 Bocor - Bakal Dilancarkan 23 Ogos 2016

Gambar Sisi Proton Persona 2016 Bocor - Bakal Dilancarkan 23 Ogos 2016

August 14, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

799
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton Persona 2016SEKALI lagi gambar Proton Persona 2016 tersebar di laman sosial. Kali ini, ia menampilkan rekaan bahagian sisi dan dilihat sedang bersedia untuk dihantarkan ke bilik pameran.

Proton juga sebelum ini menyatakan model sedan segmen-B itu bakal dilancarkan 23 Ogos depan dan ia menampilkan tiga varian berbeza iaitu Standard, Executive dan Premium.

Manakala tempahan Proton Persona 2016 akan mula dibuka mulai isnin hadapan (15 Ogos). Begitu juga dengan harga jualan yang turut diumumkan bersama tempahan dibuka.

Proton Persona 2016

STANDARD GLOBAL

Semalam PanduLaju ada menyiarkan artikel dan gambar yang menampilkan ciri-ciri istimewa dimiliki Proton Persona 2016. Apa yang boleh dikatakan, sedan segmen-B Proton kali ini sudah mencapai standard global untuk bersaing dengan model-model pesaing sedia ada.

Proton Persona 2016 dibangun berdasarkan platform Iriz. Dalam erti lain, Proton Persona 2016 adalah Iriz versi sedan. Ia dipadankan dengan enjin VVT 1.6L, iaitu enjin sama digunakan pada Iriz.

BACA>>> Proton Persona 2016: Bertenang, Sedan Segmen-B Ini Siap Sedia Berperang!

Proton Persona 20165-BINTANG ASEAN NCAP

Dari aspek keselamatan, kesemua varian Proton Persona 2016 menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP.

PanduLaju juga berpeluang memandu uji Proton Persona 2016 sebelum ini. Apa yang mengagumkan kami adalah tahap kesenyapan dalam kabin atau NVH meningkat pada paras terbaik, menyamai standard sedan segmen-B berstatus global lain.

Mungkin inilah yang diuar-uarkan Proton mengenai 3-poin mounting yang disendat dalam tubuh Persona 2016. Sedan ini sudah senyap dan kami harus mengakuinya.

Proton Persona 2016

BACA>>> Foto Proton Saga 2016 Bocor! Mampukah Cabar Perodua Bezza?

Begitu juga dengan kualiti dan persembahan Persona 2016 nyata diperkemaskan menerusi ilusi dua warna (hitam-kelabu) yang menyerlahkan fiil luas dalam kabin.

Baiklah, mari kita sama-sama nantikan majlis pelancaran Proton Persona 2016 dan PanduLaju akan bawakan kepada anda artikel lengkap sebaik saja ia diperkenalkan secara rasmi.

GALERI

Proton Persona 2016
Proton Persona 2016
Proton Persona 2016

Related

799
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: gambar Proton Persona 2016, Proton, Proton Persona 2016, Proton Persona 2016 Bocor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my