KYMCO mengorak langkah meneroka segmen motosikal advencer dengan memperkenalkan skuter maksi DT X360 dengan trenkuasa yang ditala untuk tunggangan atas jalan raya biasa dan off-road ringan.
Faktanya, DT X360 bukan skuter enduro atau off-road sebenar yang lasak seperti motosikal rali, tetapi boleh dianggap sebagai skuter crossover aras mula.
BACA >>> Thailand Perkenal Honda ADV 150 (2020) Baharu, Harga RM13.4k
Sebelum ini, skuter ini dikatakan dijana enjin dwi-silinder DOHC seperti AK550. Namun, trenkuasa digunakan adalah jenis silinder tunggal 320cc berkuasa 29hp @ 7,250rpm dan tork 30Nm @ 5,750rpm.
Rekabentuk DT X360 tidaklah terlalu bercirikan off-road, kecuali bahagian depan yang menonjolkan fairing seakan paruh kecil. Panel kepala dipasangkan visor angin transparen dan tiada gad tangan pada bar hendal.
Lampu depan dan belakang jenis LED penuh, serta ada lampu siang (DRL) di depan. Juga disediakan dua palam USB, iaitu satu dekat meter instrumen dan satu lagi dalam pemuka untuk mengecas peranti kecil seperti telefon pintar.
Instrumen meter jenis digital LED berwarna, dibahagikan kepada tiga zon untuk paparan multi-info. Skuter ini menggunakan sistem penghidup tanpa kunci (keyless) berserta suis penghidup yang juga digunakan untuk membuka pelana dan tangki petrol.
Ruang pelana DT X360 boleh menyimpan dua helmet muka penuh. Ciri ergonomik dibina untuk posisi tunggangan terbaik dengan bar hendal lebar dan pelana tinggi 800mm. Berat pula cuma 194kg, yang lebih ringan berbanding model pesaing, Honda X-ADV.
DT X360 menggunakan rim 14 inci di depan dan 13 inci di belakang yang dibalut tayar semi-advencer. Suspensi depan menggunakan teleskopik, manakala belakang dwi-absorber. Kedua-dua roda dipasangkan brek cakera dan turut dilengkapkan dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS).
Setakat ini, harga belum didedahkan kepada umum.
BACA >>> Kymco KRV 175 (2021) - Skuter Maksi Pertama dengan Pacuan Tali Sawat Terbuka, Swingarm
AyieKundang says
Cepat la bawa masuk msia. Kite nak test drive...klu under power kite xnak beli lah.. mcm skuter modenas.. emm tak power..