• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kymco DT X360 – Skuter Advencer yang Akan Bersaing dengan Honda X-ADV

Kymco DT X360 - Skuter Advencer yang Akan Bersaing dengan Honda X-ADV

November 30, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

297
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KYMCO
mengorak langkah meneroka segmen motosikal advencer dengan memperkenalkan skuter maksi DT X360 dengan trenkuasa yang ditala untuk tunggangan atas jalan raya biasa dan off-road ringan.

Faktanya, DT X360 bukan skuter enduro atau off-road sebenar yang lasak seperti motosikal rali, tetapi boleh dianggap sebagai skuter crossover aras mula.

BACA >>> Thailand Perkenal Honda ADV 150 (2020) Baharu, Harga RM13.4k

Sebelum ini, skuter ini dikatakan dijana enjin dwi-silinder DOHC seperti AK550. Namun, trenkuasa digunakan adalah jenis silinder tunggal 320cc berkuasa 29hp @ 7,250rpm dan tork 30Nm @ 5,750rpm.

DTX360
DTX360 2
DTX360 11
DTX360 14

Rekabentuk DT X360 tidaklah terlalu bercirikan off-road, kecuali bahagian depan yang menonjolkan fairing seakan paruh kecil. Panel kepala dipasangkan visor angin transparen dan tiada gad tangan pada bar hendal.

Lampu depan dan belakang jenis LED penuh, serta ada lampu siang (DRL) di depan. Juga disediakan dua palam USB, iaitu satu dekat meter instrumen dan satu lagi dalam pemuka untuk mengecas peranti kecil seperti telefon pintar.

Instrumen meter jenis digital LED berwarna, dibahagikan kepada tiga zon untuk paparan multi-info. Skuter ini menggunakan sistem penghidup tanpa kunci (keyless) berserta suis penghidup  yang juga digunakan untuk membuka pelana dan tangki petrol.

Ruang pelana DT X360 boleh menyimpan dua helmet muka penuh. Ciri ergonomik dibina untuk posisi tunggangan terbaik dengan bar hendal lebar dan pelana tinggi 800mm. Berat pula cuma 194kg, yang lebih ringan berbanding model pesaing, Honda X-ADV.

DT X360 menggunakan rim 14 inci di depan dan 13 inci di belakang yang dibalut tayar semi-advencer. Suspensi depan menggunakan teleskopik, manakala belakang dwi-absorber. Kedua-dua roda dipasangkan brek cakera dan turut dilengkapkan dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

Setakat ini, harga belum didedahkan kepada umum.

BACA >>> Kymco KRV 175 (2021) - Skuter Maksi Pertama dengan Pacuan Tali Sawat Terbuka, Swingarm

DTX360 2
DTX360 17
DTX360 15
DTX360 16
DTX360 20
DTX360
DTX360 10
DTX360 1
DTX360 3
DTX360 4
DTX360 7
DTX360 8
DTX360 13

SUMBER: RideApart | Kymco

297
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kymco, Kymco DT X360, maxi scooter, roda2, skuter, skuter maksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my