• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Thailand Perkenal Honda ADV 150 (2020) Baharu, Harga RM13.4k

Thailand Perkenal Honda ADV 150 (2020) Baharu, Harga RM13.4k

November 12, 2020 By AI Leave a Comment

644
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AP HONDA Thailand memperkenalkan ADV 150 (2020) baharu dengan ciri ditambah baik menerusi pilihan warna baharu iaitu putih, merah, kelabu dan hitam.

Seperti model terdahulu, ADV 150 (2020) menampilkan rekabentuk agresif dan dilengkapkan ciri motosikal moden. Ini juga produk global untuk skuter maksi 150cc selain PCX 150 yang mana Indonesia menjadi negara pertama dilesenkan Honda untuk memasangkan dan memasarkan skuter berkenaan.

ADV 150 (2020) dijana enjin eSP 149.3cc SOHC penyejukan air dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 14.5hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 6,500rpm dengan transmisi V-Matic.

Sistem henti menggunakan brek cakera depan dan belakang serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Keselesaan tunggangan dimantapkan dengan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber Showa dengan subtangki kembar di belakang.

ADV 150 (2020) menampilkan ciri skuter moden seperti sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu siang (DRL), signal belok dan lampu belakang. Visor angin boleh dilaraskan 2-tetapan mengikut kesesuaian tunggangan, manakala maklumat tunggangan dipaparkan pada panel instrumen LCD penuh. Juga disediakan palam USB pada konsol storan di depan.

Aspek keselamatan dipertingkat dengan Signal Henti Kecemasan (ESS) yang berfungsi mengaktifkan kedua-dua lampu signal kecemasan apabila membrek keras. Sistem kunci kawalan jauh pula mampu mengesan lokasi parkir, termasuk menghalang insiden kecurian.

Posisi tunggangan kini lebih menegak dan selesa, manakala bar hendal sedikit lebar yang memudahkan penunggang mengendalikan skuter ini. Dari belakang, ia nampak mirip seperti X-ADV menerusi rekabentuk lampu LED bentuk X dan gaya konsep konvensional dengan lantai kaki jenis langkah (step-through).

ADV 150 (2020) ditawarkan pada harga 98,900 baht (RM13,450) dan boleh dibeli di semua pusat Honda Wing seluruh Thailand. Malaysia pula bila?

Khabarnya, Boon Siew Honda (BSH) bakal memperkenalkan skuter berkenaan ke pasaran tempatan tahun depan.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter
BACA >>> 7 Fakta Pantas: Honda ADV 150 (2021) Akan Lancar di Amerika Syarikat, Jun Ini.

Honda-ADV-150-Thailand_10
Honda-ADV-150-Thailand_11
Honda ADV 150 Thailand_8
Honda ADV 150 Thailand_6
Honda-ADV-150-Thailand_12
Honda ADV 150 Thailand_1
Honda ADV 150 Thailand_9
Honda ADV 150 Thailand_4
Honda ADV 150 Thailand_2
Honda ADV 150 Thailand_7
Honda ADV 150 Thailand_5
Honda-ADV-150-Thailand_13
644
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: AP Honda Thailand, auto terkini, Honda ADV150 (2020), Honda Honda ADV 150, roda2, skuter, skuter advencer, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!
    TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my