HYUNDAI Elantra (2021) bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia sebelum penghujung tahun ini dengan penampilan serba baharu yang berubah sepenuhnya berbanding rekabentuk konvensional terdahulu.
Elantra generasi ketujuh baharu ini direka buat mereka yang berani tampil berbeza, sporty dan trendy. Harga dijangka sekitar RM1XX,888 dan tempahan dibuka dengan bayaran pendahuluan RM777.
Seperti model Hyundai lain, Elantra (2021) turut menggunakan slogan baharu, ‘Geared for Distinction’ dengan penampilan dramatik yang disebut sebagai 'Futuristic Parametric Dynamics' dan ciri luaran bergaya daripada rekabentuk 3D.
BACA >>> Hyundai Elantra N Line (2021) Debut dengan Enjin 1.6L Turbo, 201hp
Seperti Sonata, Elantra (2021) juga menggunakan enjin petrol Smartstream G1.6 MPi berkuasa 123hp @ 6,300rpm dan tork 154Nm @ 4,500rpm dengan transmisi variabel pintar (IVT) 8-kelajuan SmartStream yang menawarkan pemanduan dinamik
Transmisi baharu ini turut menawarkan kecekapan bahan bakar cemerlang, prestasi lebih baik dan anjakan gear responsif dengan gabungan respons tukaran gear. Ada empat mod pemanduan disediakan: Eco, Smart, Sport dan Comfort.
Selain penampilan luaran yang menarik perhatian, ruang kabin mengetengahkan elemen teknologi termaju seakan duduk dalam kokpit pesawat. Antara ciri lain dibekalkan ialah unit infotainment TFT Supervision 10.25 inci dengan paparan apung 8 inci yang meningkatkan fiil futuristik pemanduan.
Elantra (2021) juga memiliki ciri keselamatan Hyundai SmartSense yang terdiri daripada:
- Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
- Kawalan Jelajah Pintar (SCC)
- Bantuan Susur Lorong (LFA)
- Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA)
- Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA)
- Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA)
BACA >>> Hyundai Malaysia Tunjuk Foto Acah Elantra (2021), Bakal Lancar Awal 2021
BACA >>> Perbandingan: Foto Paten vs Imej Video Acah Honda Civic (2022)
Leave a Reply