MFORCE Bike Holdings (MForce) memperkenalkan dua model skuter baharu, Jet X 150 dan Jet 4 RX ke pasaran tempatan pada suku pertama 2021. Bagaimanapun, harga dan pilihan warna hanya akan didedahkan menjelang masa pelancaran kelak.
1. SYM JET X 150
Jet X 150 ialah model perdana dalam barisan siri Jet yang dijana enjin 149.6cc dan dipadankan transmisi CVT, manakala kapasiti tangki minyak mampu mengisi petrol 7.5 liter. Antara ciri diberikan ialah kunci pintar, lampu LED dan kluster instrumen digital LCD.
2. SYM JET 4 RX
Jet 4 RX pula menggunakan enjin lebih kecil bersesaran 124.6cc dan dibekalkan ciri menarik seperti brek cakera depan dan belakang, dwi-absorber, kluster instrumen LCD dan pengecas USB Quick Charge 2.0.
Juga ada teknologi frem ALEH (Anti-Lift Engine Hanger) yang memberikan pusat graviti rendah (CoG) untuk keselesaan kelancaran dan kestabilan tunggangan.
Menurut MForce, dua model skuter itu kini sedang menjalani sesi tunggang uji di Malaysia untuk mendapatkan kelulusan Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) bagi memenuhi syarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
BACA >>> GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter
Leave a Reply