• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Minyak Enjin Shell Advance Power, Long Ride Tawar Tunggangan Berkuasa, Tahan Haba

Minyak Enjin Shell Advance Power, Long Ride Tawar Tunggangan Berkuasa, Tahan Haba

November 25, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

415
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SHELL memperkenalkan dua minyak enjin motosikal Shell Advance baharu yang dibangunkan mengikut gaya dan keperluan tunggangan, terdiri daripada:

  • Shell Advance Power
  • Shell Advance Long Ride

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?

Shell Advance Power (1L) - RM55

Diformulasikan khas untuk motosikal 4-lejang, Shell Advance Power (1L) ialah minyak enjin sintetik penuh premium yang paling mampu milik di pasaran Malaysia. Dijual pada harga RM55, minyak enjin  ini dibangunkan untuk penunggang yang mahu menikmati kuasa dan pecutan.

Selain kuasa maksimum, Shell Advance Power juga mengekalkan output kuasa tertinggi motosikal, termasuk mencegah permulaan proses pengoksidaan dan pembentukan deposit.

Malah, motosikal yang menggunakan produk ini juga tidak menunjukkan gejala kehilangan kuasa walaupun tunggangan mencapai perbatuan 20,000km. Keputusan positif itu diperoleh berdasarkan ujian dilakukan di India ke atas casis dinamometer dalam jarak ditetapkan.

Shell Advance Long Ride (1L) -RM50

Shell Advance Long Ride dijual pada harga RM50 yang dibangunkan khas buat pemilik motosikal yang mahukan ketenangan menunggang dengan enjin bebas masalah.

Minyak enjin ini sesuai untuk tunggangan bandar atau jarak jauh kerana dirumus dengan formula penyejatan minyak minimum untuk daya tahan haba maksimum dan ekonomi bahan api bagi jarak tunggangan hingga 6,000km.

Kedua-dua produk itu dirumus dengan Teknologi PurePlus Shell, iaitu minyak asas  99.5 peratus tulen daripada gas asli.  Produk pelincir ini terbukti memberikan prestasi permulaan sejuk dan prestasi suhu tinggi  lebih baik, selain menjamin kebersihan piston terbaik berbanding minyak berasaskan ester.

BACA >>> #TahukahAnda: Semua Model Geely, Termasuk Proton X70 Guna Minyak Pelincir Shell?
BACA >>> Inilah 8 Ragam Pemandu Malaysia (yang Tak Semenggah) di Stesen Minyak

New fully synthetic Shell Advance Power and Long Ride are suitable for all types of bikes_2
 Shell Advance Power
Shell Advance Long Ride
New fully synthetic Shell Advance Power and Long Ride
Shell Helix

Related

415
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Auto Terkini, minyak enjin, Minyak Enjin Motosikal, Minyak Pelincir Shell, Shell Advance Long Ride, Shell Advance Power

Comments

  1. Lon says

    October 25, 2021 at 11:46 PM

    Motorsikal saya lagenda 115FI
    Saya binggung nak pakai yang mana satu?.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev