• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Skoda Bangunkan Kancing Tali Keledar Bercahaya

Skoda Bangunkan Kancing Tali Keledar Bercahaya

November 9, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


KANCING tali keledar adalah antara bahagian kenderaan yang susah dicari terutama pada malam atau ketika tidak berada dalam kereta sendiri.

Di sini, Skoda tampil mencipta kancing tali keledar bercahaya yang mana pengeluar automotif dari Republik Czech itu diberikan hak paten untuk menghasilkan komponen seumpama itu.

Kancing tali keledar dibangunkan Skoda itu mempunyai butang lutsinar dengan LED bercahaya untuk menggantikan ejektor konvensional. LED pelbagai warna dipasangkan dalam tali keledar dan beroperasi dalam tiga mod berbeza.

Lampu LED putih akan berubah merah apabila penumpang duduk sebelum menjadi hijau apabila tali keledar dikancingkan. Skoda mendakwa sistem itu sangat berguna kepada ibu bapa untuk mengetahui anak kecil mereka sudah memakai tali keledar dengan betul.

Kancing tali keledar bercahaya itu boleh diprogramkan untuk paparan urutan selamat datang supaya mudah dilihat dalam gelap dan boleh disepadukan bersama lampu kabin.

Kancing tali keledar pintar adalah salah satu ciri yang dicipta dan dibangunkan pasukan jurutera Skoda. Setiap tahun, pengeluar itu memfailkan banyak permohonan paten untuk idea dan sistem kenderaan yang lebih selamat dan memudahkan pengguna.

Antara inovasi Skoda ialah but fleksibel untuk menahan kotak, peti dan barangan lain, dan karpet lantai fabrik serat rongga bagi memerangkap kotoran yang mudah dibersihkan. Skoda juga mempatenkan sistem kamera baris pengeluaran yang mampu melaraskan bahagian badan kenderaan dengan ketepatan tinggi sebelum dikimpal.

BACA >>> MIROS: Tidak Pakai Tali Keledar Bakal Kena Demerit, Lesen Boleh Ditarik
BACA >>>Proton X70 Raih Rating 5-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Kancing Tali Keledar Bercahaya, Roda4, ŠKODA, Tali Keledar, Tali Keledar Skoda, tali pinggang keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev