MUSIM Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 sebenarnya bermula apabila juara bertahan Marc Marquez mengalami kecederaan patah tangan pada pusingan pembukaan di GP Jerez, Sepanyol.
Marquez asalnya cuba kembali berlumba selepas terlepas satu pusingan GP, tetapi kecederaan dialami beliau kembali berulang hingga terpaksa dibedah semula.
Honda akhirnya memutuskan merehatkan Marquez daripada berlumba sepanjang perlumbaan musim ini supaya dapat kembali sembuh sepenuhnya, sekali gus memadamkan harapan pelumba Sepanyol itu untuk meraih kejuaraan dunia buat kali ketujuh berturut-turut.
BACA >>> Tiada Aksi Marquez di GP Brno, Kena Bedah Kali Kedua Tukar Plat Besi Baharu
BACA >>> Marquez Akui Musim MotoGP 2020 Sudah Berakhir
Impaknya, tanpa kehadiran Marquez, saingan MotoGP 2020 kini bukan hanya didominasi seorang dua pelumba saja, kerana ada lapan pemenang GP berbeza dan empat daripada pemenang itu ialah Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT), Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing), Miguel Oliveira (Red Bull KTM Factory Racing), dan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) yang baru kali pertama memijak podium juara.
Saingan demi saingan sesama sendiri membolehkan ramai pelumba berpotensi besar meraih gelaran juara MotoGP 2020. Secara matematik, ada 14 pelumba berpeluang meraih gelaran itu, bermula Joan Mir (Suzuki Ecstar) di ranking teratas, hingga Johann Zarco (Reale Avintia Ducati) di tempat ke-14, iaitu satu posisi di atas legenda, Valentino Rossi.
Namun, Zarco sebenarnya memerlukan lebih daripada keajaiban untuk membolehkan dia menjadi juara. Sekarang mari kita lihat siapakah pelumba yang berpotensi bergelar juara MotoGP 2020?
BACA >>> Super KIP Dah Tak Super, Datuk Razlan Kecewa Prestasi Hambar
1. JOAN MIR
Mir berada di tangga teratas dan konsisten bermula pertengahan musim hingga sekarang dengan mengumpul 137 mata. Dia hanya terlepas podium dua kali dan meraih kemenangan dalam enam daripada sembilan pusingan perlumbaan yang ditamatkan.
Apa menakjubkan, Mir mendahului ranking dengan 14 mata di atas tanpa pernah meraih satu gelaran juara GP pun. Malah secara teori, dia mampu menjadi juara MotoGP 2020 tanpa perlu menang pusingan GP yang berbaki.
BACA >>> #SembangDeras: Mir Lebih Layak Cabar Kejuaraan MotoGP 2020, Bukan Quartararo?
2. FABIO QUARTARARO
Quartararo mengumpul 123 mata. Musim ini, prestasi pelumba Perancis agak tidak menentu dengan meraih mata tinggi pada pusingan pertama dan kedua, tetapi mengalami turun naik pada pusingan berikutnya. Misalnya, pada GP Aragon, dia bermula di petak depan, tetapi menamatkan saingan di kedudukan ke-18 selepas bergelut dengan masalah tayar.
Dengan tiga kemenangan sepanjang 2020, yang juga paling banyak berbanding pelumba lain, Quartararo bukan saja memberikan tekanan terhadap pelumba lain, tetapi juga diri sendiri. Kalaulah dia mampu meraih juara dalam baki pusingan nanti, takhta juara pasti dalam genggaman.
BACA >>> Quartararo Bingung YZR-M1 Susah Nak Kawal, Lega Alex Dapat Pintas Mir
3. MAVERICK VINALES
Di tempat ketiga dalam pemburuan gelaran juara ialah Vinales dengan 118 mata. Sama seperti Quartararo, prestasi Vinales juga tidak konsistenan dan dilihat bergelut dengan tetapan jentera YZR-M1. Namun, Vinales dikatakan jenis pelumba lambat bangkit yang mana musim lalu dia hanya mula menunjukkan konsistensi pada hujung-hujung pusingan perlumbaan.
BACA >>> Kenapa Brek Brembo Vinales Boleh 'Kong'?
4. FRANCO MORBIDELLI
Setakat ini, Morbidelli berada di tempat keempat dan pernah disebutkan sebagai pelumba bakal untuk saingan MotoGP 2020. Ramai skeptikal dengan ramalan itu, tetapi pelumba Itali itu nyata membuatkan pengkritik terdiam dengan meraih kedudukan ke-5 terbaik dalam pusingan pembukaan dan tempat kedua di GP Brno.
BACA >>> #MotoGP2020: Giliran Morbidelli Bawa Petronas Yamaha Jadi Juara, Rossi Kempunan
5. ANDREA DOVIZIOSO
Andrea Dovizioso ialah pelumba paling berpengalaman untuk meraih gelaran juara MotoGP 2020. Dia juga antara pelumba yang kerap mencabar kejuaraan MotoGP sejak beberapa musim lalu. Namun, itu langsung tidak menjamin tempatnya dalam Ducati Team yang menyaksikan dia bakal dilepaskan pasukan tersebut akhir musim ini.
Dengan hanya satu kemenangan tahun ini, pengalaman banyak menyelamatkan Dovizioso untuk kekal dalam pemburuan juara MotoGP 2020 apabila lapan daripada 11 pusingan menyaksikan pelumba itu menamatkan perlumbaan pada kedudukan 10 terbaik, termasuk meraih tiga podium.
BACA >>> Giliran Ducati Menyinar di GP Austria, Dovizioso dan Miller Raih Podium
6. ALEX RINS
Pelumba terakhir yang menjadi sebutan ialah Alex Rins dengan 105 mata. Dia ialah pelumba kelima menjadi juara GP musim ini.
Walaupun pernah beberapa kali tersingkir ketika berlumba (DNF), Rins juga pernah terlepas satu pusingan kerana perlu berehat akibat kemalangan ketika ujian kelayakan (Q1) pada pusingan pertama di GP Jerez.
Rins dilihat mampu bangkit semula dengan memberikan tekanan terhadap pesaing lain di depan. Ini dibantu jentera Suzuki GSX-RR yang diakui semakin laju dan serasi dengan pelumba tersebut.
BACA >>> Petronas SRT Tamatkan Kontrak KIP, Tapi Ada Peluang Kalau Tunjuk Keputusan Positif
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply