• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Curi Civic Polis: Penjual Ikan Bilis Hadap 6 Pertuduhan, Kena Rujuk Mental di Hospital Bahagia

Curi Civic Polis: Penjual Ikan Bilis Hadap 6 Pertuduhan, Kena Rujuk Mental di Hospital Bahagia

October 28, 2020 By Azizi H Leave a Comment

403
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENJUAL ikan bilis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Butterwort atas enam pertuduhan, antaranya menyamar sebagai penjawat awam, mencuri kenderaan polis dan merompak, hari ini.

Dalam pertuduhan pertama, Mohamad Azrullah Mohd Rodzi, 33, didakwa mencuri sebuah kereta Honda Civic milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di cawangan kereta peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada jam 9.15 malam, 24 Oktober lalu.

BACA >>> Curi Civic Polis: Teman Wanita Cakap Tak Kenal Suspek

Pertuduhan kedua pula, mencuri sebuah telefon bimbit jenis Vivo dan iPhone 8 Plus daripada Nurul Atieka Mazlan di Kedai Vivo Pokok Sena, Tasek Gelugor pada jam 10 malam, hari sama.

Mohamad Azrullah juga didakwa cuba merompak mangsa Tang Chye Hong di sebuah kedai di Jalan Permatang Manggis, Tasek Gelugor. Bagi setiap pertuduhan, tertuduh turut didakwa menyamar diri sebagai penjawat awam iaitu pegawai polis bagi tujuan mencuri kenderaan polis, mencuri telefon bimbit dan menangkap mangsa.

Semua kes didakwa mengikut Seksyen 379, Seksyen 379A, Seksyen 170 dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, peguam Muhaimin Hashim memohon supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental, dan diterima Mahkamah bagi tempoh sebulan.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,500 berserta tiga orang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa, manakala sebutan semula kes dibuat 27 November akan datang.

BACA >>> Bonet Wira Evo RM1.5k Kena Curi!

SUMBER: Bernama

Related

403
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda Civic 1.8S, jenayah, Kes Curi Honda Civic Polis, Mohamad Azrullah Mohd Rodzi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev