• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lynk & Co Zero Concept - EV Gergasi Canggih yang Mampu Dipandu Sejauh 700km!

Lynk & Co Zero Concept - EV Gergasi Canggih yang Mampu Dipandu Sejauh 700km!

October 12, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


JENAMA global premium di bawah Geely Auto Group, Lynk & Co memperkenalkan model elektrik penuh Zero Concept pada Pameran Motor Beijing (BMS) 2020.

Zero Concept ialah produk pertama daripada pelbagai model dibangunkan berasaskan platform elektrik baharu Arkitektur Pengalaman Lestrai (Sustainable Experience Architecture, SEA). Selain dikongasi sesama syarikat dalaman, platform ini turut mensasarkan perkongsian dengan pengeluar ketiga (OEM).

BACA >>> Evoke 6061 yang Boleh Ditunggang Sejauh 470km dengan Cas Penuh 15 Minit Sahaja

Menggunakan platform elektrik khas itu, Zero Concept mampu memperoleh keseimbangan casis sempurna pada nisbah 50:50 dengan panjang keseluruhan lebih 5,000mm dan jarak roda lebih 3,000mm.

Dengan unjuran (overhang) depan dan belakang pendek, ruang dalaman dapat dimaksimumkan untuk manfaat pengguna. Dari gambar dikongsi pun sudah jelas Zero Concept ialah kereta bersaiz 'gergasi'.

Bukan saja besar, jarak pemanduan untuk isian penuh mampu bergerak sejauh 700km. Bateri yang digunakan juga sudah diuji dan mampu mengekalkan jarak tanpa degradasi untuk sekurang-kurangnya 200,000km dan direka supaya bertahan hingga perbatuan 2 juta kilometer.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?

Zero Concept dilengkapi motor berkuasa 400kW dalam pacuan empat roda (AWD). Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 4 saat. Dengan ciri seperti talaan casis kelas dunia, pusat graviti rendah (CoG) dan badan lebar, Zero Concept mampu menawarkan dinamika pengendalian cemerlang.

Bercakap mengenai kereta elektrik, tidak lengkap tanpa menyentuh pemanduan autonomi dan kereta ini dilengkapi sistem CoPilot ADAS Lynk & Co. Selain itu, ini ialah produk Lynk & Co paling mewah setakat ini dengan pelbagai teknologi canggih.

Antaranya, suspensi udara boleh laras tinggi 150mm-220mm dan absorber elektromagnetik kawalan redaman berterusan (Continuously Damper Control, CDC). Lebih canggih, ada kemas kini secara wayarles, dipanggil OTA (Over The Air) yang membolehkan bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Lynk & Co mengoptimumkan sistem selepas menerima maklum balas pengguna.

Ruang dalam Zero Concept dilengkapi pembesar suara premium Yamaha, lampu ambien kustom, kamera dalam kenderaan (on board) dan sebagainya. Walaupun belum ada perincian mengenai perancangan pengeluaran, Zero Concept sudahpun tampil seperti model pengeluaran dengan rekabentuk menyerlah!

BACA >>> Selepas Kereta, Geely Mahu Buat Satelit Pula!

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: GEELY Auto Group, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Lynk & Co, Lynk & Co Zero Concept, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my