• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Siar Video Acah Forza 750, Bakal Lancar 14 Oktober Depan

Honda Siar Video Acah Forza 750, Bakal Lancar 14 Oktober Depan

September 22, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MINGGU lalu, Honda Eropah memuat naik video acah produk baharu akan datang menerusi saluran YouTube yang memaparkan imbasan bahagian belakang, depan dan kluster instrumen meter skuter maksi Forza 750.

Akhir video tertera ayat 'Forza 750, The Forza Family is Getting Bigger', sekali gus memberi bayangan Honda bakal menambah satu lagi pilihan skuter Forza berkapasiti 750cc sebagai peneman kepada Forza 350 yang diperkenalkan sebelum ini.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter

Bagaimanapun, tiada pendedahan maklumat mengenai enjin. Berdasarka video itu, Forza 750 akan dilengkapkan ciri punat mula-henti bersama kluster instrumen digital penuh yang memaparkan maklumat spidometer, takometer, odometer, perbatuan, posisi gear, purata penggunaan minyak dan jam.

Jika diperhatikan lagi, Forza 750 akan menawarkan ciri wayarles Bluetooth untuk konektiviti telefon pintar. Ini bermakna skuter maksi ini boleh mengakses fungsi navigasi, panggilan telefon dan muzik. Dari segi kosmetik, lampu depan dan belakang kini bercirikan LED penuh, yang mana lampu depan kembar disepadukan dengan lampu siang (DRL), juga LED.

Forza 750 dijadualkan dilancarkan 14 Oktober nanti. Adakah model ini akan menjengah pasaran Malaysia? Belum tahu lagi, dan mungkin persoalan ini bakal terjawab pada acara pembentangan produk 2021 yang biasa dilakukan Boon Siew Honda (BSH) setiap penghujung tahun.

BACA >>> Thailand Lancar Honda Forza 350, Kini Enjin Lebih Besar, Harga RM23k
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?

VIDEO

Related

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda Eropah, Honda Forza 750, roda2, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my