HONDA Malaysia memperkenalkan pelan insurans automotif, Honda Insuran Plus (HiP) yang eksklusif buat semua pemilik Honda dengan menawarkan tiga pakej utama, iaitu Penyelamatan, Perlindungan dan Penjimatan.
Setiap pakej pula terdiri daripada pelbagai manfaat seperti berikut:
BACA >>> JD Power 2019: Honda Malaysia Kuasai Tiga Segmen Utama dalam Penilaian Kualiti
1. PENYELAMATAN
Ada tiga perkhidmatan ditawarkan di bawah pakej Penyelamatan ini, iaitu:
Bantuan Tunda 24/7
Perkhidmatan ini beroperasi sepanjang masa (24 jam) dan setiap hari (7 hari seminggu) walaupun hujung minggu kepada pelanggan yang mengalami kemalangan, kerosakan dan banjir dengan jarak tunda hingga 450km ke Pusat Badan dan Cat Honda yang sah.
Bantuan Baik Pulih Jalanan 24/7
Menawarkan perkhidmatan cas semula (jump-start) atau menukar bateri kereta, menukar tayar pancit dan isi minyak dengan upah buruh hingga RM200 untuk satu-satu situasi, tidak termasuk alat ganti, manakala kos minyak ditanggung pelanggan.
Bantuan Tuntutan
Pengedar sah Honda akan menjadi wakil untuk menghubungi syarikat insurans dan menyediakan bantuan ketika prosedur tuntutan dibuat.
2. PERLINDUNGAN
Pakej Perlindungan terdiri daripada enam manfaat berikut:
- Pusat Cat dan Badan Sah Honda - Menawarkan hasil berkualiti untuk kerja-kerja membaik pulih dan mengecat dengan menggunakan alatan terkini supaya kereta pelanggan dapat kembali seperti kondisi asal.
- Tukar Alat Ganti dan Badan 100% tulen - Pelanggan akan diberikan waranti 6 bulan atau perbatuan 100,000km (mana satu tiba dulu).
- Perlindungan Kemalangan Peribadi - Pelanggan dapat perlindungan hingga RM15,000 untuk kemalangan maut atau kecacatan kekal membabitkan kereta dengan nama pemilik.
- Kelulusan Tuntutan Pantas - Peluang dapat semula kereta lebih pantas untuk tuntutan bawah RM20,000
- Bantuan Peribadi - Bantuan menghantar pulang anak, servis bantuan rumah, hal perundangan, jurubahasa, keperluan vaksinasi, pasport dan visa, lokasi barang hilang, bantuan kembara alternatif, penjadualan penerbangan.
- Bantuan Perubatan - Bantuan rujukan perubatan dan penjadualan janji temu, penghantaran ubat yang tiada dalam pasaran tempatan, perpindahan perubatan atau penghantaran pulang.
3. PENJIMATAN
Pakej Penjimatan pula menawarkan tujuh manfaat berikut:
- Bayaran 100% untuk kecurian atau kerugian penuh (total loss) untuk nilai dipersetujui hingga 13 tahun.
- Perlindungan 100% untuk baik pulih kemalangan untuk 10 tahun tanpa klausa kerosakan sendiri hingga 10 tahun.
- Perlindungan 100% untuk kereta berusia hingga 10 tahun tanpa bayaran tambahan.
- Elaun banjir RM1,500 jika kereta rosak akibat banjir
- Elaun bantuan bencana RM1,500 jika kereta dicuri atau total loss.
- Bantuan kunci hilang hingga RM1,000 jika kunci hilang atau rosak.
- Perlindungan untuk semua pemandu di bawah daftar persendirian, tiada nama diperlukan.
Setiap pakej dan manfaat adalah tertakluk terma dan syarat. Maklumat lanjut mengenai pelan insurans HiP boleh hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.
BACA >>> Inilah 5 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Honda City (2020) Serba Baharu
Mohd Asri b. Jaafar says
Mohon penjelasan ttg perlindungan jika kereta sudah melebihi 10 tahun...
contoh; Honda CRV saya tahun 2007..
Azhan O says
Kena rujuk pihak insurans, masing-masing pakej berbeza