HONDA UK baru saja mengumumkan harga atas jalan siri Civic Type R (2020) yang menyaksikan varian edisi terhad Limited Edition sudah pun habis dijual!
Civic Type R (2020) lebih meriah berbanding model terdahulu dengan menawarkan empat varian iaitu Type R, Type R GT, Type R Sportline dan Type R Limited Edition.
Semua varian didatangkan dengan sistem masukan udara diperbaharui seperti penyejukan, brek cakeraa apung two-piece yang lebih cekap, geometri suspensi dan sesendal (bushing) dan perubahan kosmetik pada bahagian luar dan dalam.
Ruang dalaman menerima pembaharuan pada poin sentuhan dan peka sentuhan (tactility) dengan stereng balutan Alcantara, tombol gear bentuk air mata (teardrop) dan kawalan fizikal untuk sistem infotainment dan suhu. Bagi kemaskini terbaharu ini, Honda tidak menambah kuasa tetapi menumpukan kepada aspek pengendalian dan pemanduan.
BACA >>> Honda NSX Type R (1993) RM1.2 Juta Ini Pernah Dibeli Orang Malaysia Pada 2016
Dengan empat varian ini, Civic Type R (2020) memiliki daya tarik tersendiri mengikut kepelbagaian cita rasa pelanggan. Berikut harga mengikut varian:
- Civic Type R - £32,820 (RM179,720)
- Civic Type R GT - £34,820 (RM190,67o)
- Civic Type R Sportline - £34,820 (RM190,670)
- Civic Type R Limited Edition - (RM219,010)
HONDA CIVIC TYPE R GT
Dilengkapi ciri seperti Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), kawalan suhu dwi-zon, cermin pandang belakang dengan fungsi malap automatik, aplikasi Honda Connect dengan navigasi Garmin, pengecas wayarles, audio kuasa tinggi dan lampu kabus depan LED.
HONDA CIVIC TYPE R SPORTLINE
Varian ini dikhas kepada pembeli yang mahukan sesuatu yang segar dan berbeza serta tidak sukakan rekaan belakang ekstrem. Civic Type R Sport Line didatangkan tanpa spoiler tinggi dan rim lebih kecil 19 inci serta profil tayar lebih besar. Ini sesuai untuk pengguna yang mahukan Type R dengan aspek kemewahan dan keselesaan.
BACA >>> Tomica Perkenal Civic Type R, GT-R dan Supra Sempena Aniversari ke-50
HONDA CIVIC TYPE R LIMITED EDITION (LE)
Ini Civic Type R paling ekstrem, iaitu tanpa penyaman udara, manakala banyak ciri lain dikurangkan. Komponen digunakan pula lebih ringan seperti rim aloi tempa BBS 20 inci dan pakej pengurangan berat dengan penjimatan 47kg berbanding varian standard.
Walaupun tanpa penyaman udara, varian ini masih dilengkapi kerusi belakang. Lebih eksklusif ialah warna Sunlight Yellow (kuning) dan hanya 20 unit ditawarkan untuk Britain daripada 100 unit keseluruhan untuk pasaran Eropah. Proses penghantaran Civic Type R dijadualkan bermula penghujung September ini.
BACA >>> Honda e Kini dengan Kit Aksesori Honda Access untuk Gaya Retro Moden
Leave a Reply