• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Hornet 2.0 Serba Baharu Lancar di India, Harga RM7.1k

Honda Hornet 2.0 Serba Baharu Lancar di India, Harga RM7.1k

September 1, 2020 By Azizi H 2 Comments

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA melancarkan Hornet 2.0 serba baharu yang akan berentap dalam pasaran motosikal segmen 180-200cc di India. Streetbike ini juga ialah pengganti kepada model popular sebelum ini CB Hornet 160R dan dijual pada harga Rs1,26,921 (RM7,180).

Atas jalan, Hornet 2.0 akan bersaing dengan model lawan seperti Bajaj Pulsar NS200 dan TVS Apache RTR 200 4V.

BACA >>> 10 Foto Real Suzuki Gixxer (2019) di India yang Tidak Masuk Malaysia

Penampilan paling ketara Hornet 2.0 serba baharu ini ialah rekabentuk lebih tajam dan maskular berbanding model terdahulu, serta didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Pearl Igneous Black (hitam), Matte Sangria Red Metallic (merah), Matte Axis Grey Metallic (kelabu) dab Matte Marvel Blue Metallic (biru).

Melengkapkan lagi skema warna itu ialah grafik trendy, logo Honda 3D pada kowl tangki dan dekal 'Hornet' pada tangki minyak.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Honda CBR250RR (2020) Lancar di Jepun, Harga Mula RM32.7k

Hornet 2.0 menampilkan lampu utama dan belakang LED, tangki minyak lebih besar berkapasiti 12 liter, dan bahagian belakang slik. Antara ciri dikekalkan daripada model terdahulu ialah lampu belakang bentuk X. Hornet 2.0 juga menjadi model 200cc pertama dipasangkan fork terbalik (USD), manakala suspensi belakang jenis monoshock boleh laras.

Panel pemuka jenis LCD memaparkan posisi gear, voltmeter bateri dan tempoh servis serta penunggang juga boleh melaraskan tahap kecerahan meter dalam lima tahap.

Trenkuasa dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 184.4cc DOHC penyejukan udara suntikan terus PGM-FI dan patuh BS6 berkuasa 17.2hp @ 8,500rpm dan tork 16.1Nm @ 6,000rpm, manakala transmisi jenis klac basah multiplat manual 5-kelajuan.

Hornet 2.0 menggunakan frem jenis berlian (diamond-type) dengan berat kerb 142kg yang menjadikan pengendalian motosikal ini lebih ringan dan tangkas. Sistem brek menggunakan brek cakera 276mm dengan ABS tunggal di depan dan cakera 220mm di belakang. Bahagian roda dibalut tayar 110/70 di depan dan 140/70 di belakang dengan rim 17 inci.

BACA >>> Honda XBlade 160 - Streetbike Futuristik dari India dengan Harga Tidak Masuk Akal

GALERI
honda-hornet-2.0-17
honda-hornet-2.0-15
honda-hornet-2.0-16
honda-hornet-2.0-1
honda-hornet-2.0-2
honda-hornet-2.0-3
honda-hornet-2.0-4
honda-hornet-2.0-5
honda-hornet-2.0-6
honda-hornet-2.0-7
honda-hornet-2.0-8
honda-hornet-2.0-9
honda-hornet-2.0-10
honda-hornet-2.0-11
honda-hornet-2.0-12
honda-hornet-2.0-13
honda-hornet-2.0-14
honda-hornet-2.0-matte-axis-grey-metallic
honda-hornet-2.0-matte-marvel-blue-metallic
honda-hornet-2.0-matte-sangria-red-metallic
honda-hornet-2.0-pearl-igneous-black

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda Hornet 2.0, Honda India, Honda TwoWheelers India, roda2, streetbike

Comments

  1. Rocky says

    September 1, 2020 at 2:25 PM

    Cun melecun.bsh bawa masuk please.

    Reply
  2. Burung Antu says

    September 2, 2020 at 4:22 PM

    rm7.1k jer? nampak sgt takkan masuk Malaysian market.. org Malaysia kene naik motor (model honda) yg sama smp 10tahun atau smp motor dh tak bleh pakai lg sb BSH malaysia kedekut nk bawa masuk model² baru.. contohnya CB150Xmotion, winner X.. hny mampu lihat kat google jer! yg diorg bawa masuk semua model² SUPERBIKE, SPORTBIKE dan sewaktu dengannya yg hny kelompok bangsawan shj yg mampu..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev