• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedez-Benz C200 Coupé AMG Line Kini Serendah RM4.2k Sebulan!

Mercedez-Benz C200 Coupé AMG Line Kini Serendah RM4.2k Sebulan!

August 20, 2020 By admin.pandulaju Leave a Comment

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan C200 Coupé AMG Line versi dipertingkat dengan enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo baharu. Model aras mula baharu itu kini mampu meledakkan lebih kuasa dengan output 204hp dan tork 300Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 7.2 saat dan kelajuan maksimum 245kmj.

C200 kini dilengkapi servis Mercedez me connect (Mmc) yang direka untuk memudahkan rutin harian pemilik Mercedes-Benz seperti membuka kunci kereta, menghidupkan enjin secara kawalan jauh, sokongan pelanggan dan memeriksa paras petrol kereta.

BACA >>> Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!

Ciri lain diberikan ialah sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz (E-call), diagnostik kenderaan jarak jauh, kawalan iklim sebelum masuk, navigasi prediktif, dan pengesan lokasi kenderaan diparkir.

Penampilan luaran AMG Line menekan karakter sporty dan eskspresif C200 Coupé AMG Line. Sekali imbas, rupa depan jelas menyerlahkan elemen gaya hidup dan sportiness.

Gril radiator berlian yang disepadukan logo signatur Mercedes-Benz dalam kemasan krom, dan tambahan apron depan AMG-specific dengan geometri baharu memberikan karakter individu tersendiri. Elemen trim hitam pada apron belakang AMG menonjolkan lampu belakang LED.

Coupe ini kemudian disempurnakan dengan rim aloi ringan AMG 5 jejari 18 inci untuk memberikan elemen gaya jentera berkuasa.

Ruang dalaman C200 Coupé juga dilengkapi ciri AMG Line seperti upholsteri kulit ARTICO, stereng sport multifungsi kulit Nappa, pedal syif galvani, pedal sport AMG dan karpet lantai AMG. Ini memberikan rekabentuk dalaman dinamik yang menekankan gaya pemanduan sporty.

MBM menawarkan pembiayaan pemilikan untuk memberikan nilai dan penjagaan terbaik. Menerusi pembiayaan Agility Financing, pembeli dapat memiliki model ini pada harga bermula RM4,288* sebulan bersama pakej nilai kenderaan masa depan dijamin dan program penukaran kereta Mobility Plus.

Butiran lanjut boleh hubungi 1-800-88-1133 atau bercakap dengan Eksekutif Pembiayaan dan Insurans di Mercedes-Benz Autohaus terdekat.

** Ansuran bulanan dikira berasaskan tempoh pinjaman lima tahun dan deposit kira-kira 20 peratus, tertakluk terma dan syarat.

BACA >>> Mercedes-Benz Actros - Trak Ekonomi dengan Katil Mewah dan Teknologi Terkini
BACA >>> 7 Fakta Pantas: Volvo S60 T8 R-Design (CKD) Kini di Malaysia, Harga RM295k

GALERI
Archivnummer: SSPIP83785
Archivnummer: SSPIP83748
Archivnummer: SSPIP83767
Archivnummer: SSPIP83807
Archivnummer: SSPIP83792
mercedes-benz-c200-coupe-amg-line-3
Archivnummer: SSPIP83753
Archivnummer: SSPIP83842
Archivnummer: SSPIP95024
mercedes-benz-c200-coupe-amg-line-13
mercedes-benz-c200-coupe-amg-line-15
mercedes-benz-c200-coupe-amg-line-14
mercedes-benz-c200-coupe-amg-line-2

Related

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: AMG Line, Auto Terkini, Coupe, Mercedes-Benz C200 Coupé AMG Line, Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev