• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda Perkenal Siri Carbon Edition (2021) dengan Warna Kelabu Kusam Baharu

Mazda Perkenal Siri Carbon Edition (2021) dengan Warna Kelabu Kusam Baharu

August 28, 2020 By Han Othman Leave a Comment

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBELAKANGAN ini banyak pengeluar cenderung menghasilkan model serba hitam, tetapi Mazda tampil berbeza dengan mengumumkan tiga model Carbon Edition baharu dalam warna spesial kelabu kusam, dinamakan Polymetal Gray.

Berdasarkan Mazda6, CX-5 dan CX-9 edisi 2021, setiap model menampilkan skema warna berani yang mewakili elemen individualiti dan pada masa sama menyerlahkan aspek keghairahan dan kekuatan.

Selain kemasan Polymetal Gray yang diadunkan bersama aksen hitam, model edisi khas ini juga mendapat perumah cermin hitam berkilat dan rim aloi hitam dengan hitam metalik.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?

Ruang kabin mendapat kemasan sederhana menerusi kerusi kulit merah, sulaman benang merah dan trim 'sarang lebah' (honeycomb) hitam. Juga dilengkapkan kerusi depan dengan ciri pemanas, sistem bunyi Bose dan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay.

Mazda menyatakan tiga model edisi khas ini akan dibekalkan ciri keselamatan i-ActivSense seperti Kawalan Jelajah Adaptive (ACC) dengan fungsi stop-and-go, sokongan brek pintar dan Pemantau Titik Buta (BMS) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

Maklumat tambahan lain akan diumumkan menjelang hari pelancaran. Apa diketahui sekatak ini, Mazda6 Carbon Edition (2021) dijangka menggunakan sama ada enjin 2.5L jenis aspirasi natural (NA) atau pengecas turbo. Model aras mula menghasilkan kuasa 187hp dan tork 252Nm, manakala varian pengecas turbo berkuasa 250hp dan tork 420Nm.

CX-5 Carbon Edition (2021) ditawarkan dengan kedua-dua enjin, manakala CX-9 Carbon Edition (2021) dikuasakan eksklusif dengan enjin 2.5L pengecas turbo.

BACA >>> Foto Acah Mazda3 Turbo (2021), Debut Hujung Tahun Ini dengan Enjin 2.5L, 250hp

Related

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Maxda CX-5 Carbon Edition (2021), Maxda CX-9 Carbon Edition (2021), mazda, Mazda Carbon Edition (2021), Mazda USA, Mazda6 Carbon Edition (2021), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev