• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-Benz Actros - Trak Ekonomi dengan Katil Mewah dan Teknologi Terkini

Mercedes-Benz Actros - Trak Ekonomi dengan Katil Mewah dan Teknologi Terkini

August 17, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

464
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi trak Daimler di Malaysia, Hap Seng Trucks Distribution (HSTD) memperkenalkan trak Mercedes-Benz Actros. 

Actros ialah trak ideal untuk operasi harian syarikat pengangkutan dan sudah memenangi pelbagai pencapaian global selain meraih anugerah utama Trak Antarabangsa Terbaik 2020. Pengenalan model bukan saja menetapkan standard keselesaan, kecekapan dan reliabiliti, tetapi memenuhi keperluan industri pengangkutan masa kini.

BACA >>> Ular Sawa 2.5 Meter Lentok Tidur dalam Trak Pikap

Actros didatangkan dengan enjin 6-silinder OM460 berkuasa 469hp (350kW) dan tork 2,300Nm dengan transmisi automatik-manual (AMT) Mercedes Powershift 3 baharu. Selain menawarkan penjimatan bahan api terbaik, trak ini juga menawarkan strategi anjakan gear terbaik setiap masa.

Actros ditawarkan dengan pilihan kabin L-Cab StreamSpace dan M-Cab ClassicSpace. Bentuk kabin aerodinamik menjadikan Actros sebagai trak ekonomi dengan penjimatan bahan api hingga 4 peratus. Kabin luas memberikan ruang selesa apabila memandu jauh.

Di belakang tersedia katil untuk pemandu membaringkan badan, manakala pencahayaan dalam kabin dikawal menerusi panel suis di sisi tilam. Ruang simpanan yang banyak membolehkan simpanan barang untuk trip perjalanan jauh.

Pilihan tambahan ialah antaramuka digital manusia dalam bentuk Multimedia Cockpit tersedia dengan paparan skrin resolusi tinggi 10 inci yang menyediakan maklumat kenderaan dengan konektiviti Android Auto dan Apply Carplay. Sistem penghidup tanpa kunci (keyless) membolehkan enjin dihidupkan dan dimatikan dengan kunci dalam poket.

Kerusi pemandu boleh laras menyediakan sisi ergonomik dan sudut pandan ideal yang luas di depan. Ciri keselamatan tidak dilupakan, terdiri daripada sistem bantuan brek keselamatan termaju Bantuan Brek Aktif 5 yang boleh mengesan pejalan kaki dan objek.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Tukar Apabila Sportbike Sudah Berusia 5 Tahun?

Turut tersedia Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Bantuan Perhatian Pemandu (DAA) untuk memberi amaran sekiranya keletihan dengan mengeluarkan amaran bunyi dan visual. Trak   Actros didatangkan dengan waranti 3 tahun atau 450,000km (mana satu tiba terdahulu).

Selain itu, Actros turut menawarkan kos penyelenggaraan rendah dengan selang servis terbaik dalam kelas sehingga 55,000km!

BACA >>> Tidak Perlu Risau Lagi Potong Lori, Samsung Tunjuk Prototaip Teknologi Skrin Belakang
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Mula-Henti (Start-Stop) yang Perlu Anda Tahu

GALERI
Mercedes-Benz Actros_4
Mercedes-Benz Actros_3
Mercedes-Benz Actros_6
Mercedes-Benz Actros_7
Mercedes-Benz Actros_9
Mercedes-Benz Actros_10
Mercedes-Benz Actros_15
Mercedes-Benz Actros_16
Mercedes-Benz Actros_18
Mercedes-Benz Actros_19
Mercedes-Benz Actros_20
Mercedes-Benz Actros_22
Mercedes-Benz Actros_23
Mercedes-Benz Actros_24
Mercedes-Benz Actros_29
Mercedes-Benz Actros_30
Mercedes-Benz Actros_40
Mercedes-Benz Actros_41
Mercedes-Benz Actros_43
Mercedes-Benz Actros_44
Mercedes-Benz Actros_45
Mercedes-Benz Actros_46
Mercedes-Benz Actros_52
Mercedes-Benz Actros_54
Mercedes-Benz Actros_55
Mercedes-Benz Actros_56
Mercedes-Benz Actros_58
Mercedes-Benz Actros_60
Mercedes-Benz Actros_79
Mercedes-Benz Actros_64
Mercedes-Benz Actros_65
Mercedes-Benz Actros_67
Mercedes-Benz Actros_71
Mercedes-Benz Actros_83
Mercedes-Benz Actros_84
Mercedes-Benz Actros_86
Mercedes-Benz Actros_87
Mercedes-Benz Actros_88
Mercedes-Benz Actros_89
Mercedes-Benz Actros_90
Mercedes-Benz Actros_92
Mercedes-Benz Actros_94
Mercedes-Benz Actros_95
Mercedes-Benz Actros_99
Mercedes-Benz Actros_102
Mercedes-Benz Actros_103
Mercedes-Benz Actros_108
Mercedes-Benz Actros_109
Mercedes-Benz Actros_115
Mercedes-Benz Actros_117
Mercedes-Benz Actros_118
Mercedes-Benz Actros_119
Mercedes-Benz Actros_120
Mercedes-Benz Actros_121

Related

464
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: autoterkini, Hap Seng Trucks Distribution (HSTD), Mercedes-benz, Mercedes-Benz Actros, Trak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev