• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!

Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!

August 4, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL prestasi Mercedes memang luar biasa. Lihatlah Mercedes-AMG GT Black Series dengan rekabentuk tersendiri yang jelas bukan gaya tipikal. Dari luaran sudah terserlah kehebatan model ini.

Rekabentuk Mercedes-AMG GT Black Series mengambil ilham model lumba AMG GT3 dan tidak hairanlah kenapa begitu menyerlah seperti di litar. Berapakah pula kuasanya?

BACA >>> 6 Fakta Pantas: Mercedes-Benz C 200 AMG Line di Malaysia, Ansuran RM2.9k Sahaja

Coupe ini mampu meledakkan kuasa setinggi 730hp, dan tork 800Nm daripada enjin buatan tangan 4.0L V8 Bi-Turbo yang menjadikan angka itu sebagai enjin siri V8 paling berkuasa pernah dikeluarkan AMG. Daya pecutan 0-100kmj hanya perlu 3.2 saat, manakala kelajuan maksimum mencecah 323kmj.

Dari segi susunan, Mercedes-AMG GT Black Series ialah Black Series keenam daripada Mercedes-AMG. Model pertama ialah SLK55 Black Series yang diperkenalkan pada 2006 dan terakhir SLS Black Series pada 2013. Model-model tersebut direka untuk pemanduan laju di litar dengan menggunakan teknologi perlumbaan. Menariknya, semua model itu sah dipandu atas jalan raya biasa.

Rupa luaran menampilkan gril radiator AMG ala jentera lumba AMG GT3. Bahagian sisi dilengkapi gerbang roda dengan ventilator dan sirip hitam. Bampar dipasangkan spoiler gentian karbon dengan difuser depan boleh laras, manakala bonet diserlahkan dengan elemen gentian karbon kilatan tinggi.

Dari belakang, Black Series terbaharu ini sangat menyerlah dengan spoiler dan difuser besar. Bumbung gentian karbon dan pintu but pula menjadikan model ini sebagai siri GT paling ringan setakat ini.

BACA >>> #BikinKereta: Mercedes-Benz E300 AMG Bertatah Emas Tulen, Berlian

Rrim tempa AMG hitam mempunyai corak sepuluh jejari bersaiz 19 inci di depan dan 20 inci di belakang. Tugas menghentikan model hebat ini diserahkan kepada sistem brek AMG komposit prestasi tinggi dengan kaliper hitam. Sistem ekzos AMG Performance adalah jenis kawalan aktif yang dibuat daripada keluli tahan karat, manakala trim paip dikrom gelap.

Rupa dalaman menampilkan set AMG Interior Night Package standard dengan stereng AMG Performance dan kemasan mikrofiber DINAMICA dan perkataan Black Series, manakala sil pintu dipasang pelapik gentian karbon AMG.

Set AMG Track Package didatangkan dengan bar oleng titanium dan tali keledar 4-poin. Pembeli yang memilih Comfort Package (ditawarkan tanpa kos tambahan) akan menerima kerusi AMG Performance dengan fungsi pemanas dan pakej memori bagi menggantikan kerusi buket.

Rupa dalaman kereta dikemaskan dengan balutan eksklusif kulit Nappa atau mikrofiber DINAMICA dan sulaman kontra jingga. Ia juga boleh ditukarkan kepada hitam dengan sulaman kelabu tanpa kos tambahan. Di pasaran Britain, Mercedes-AMG GT Black Series ini ditawarkan pada harga £335,000 (RM1.8 juta).

BACA >>> Inilah Harga Dibayar untuk Miliki Mercedes-Benz 500E (W124) 'Mr Bean'

GALERI

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: AMG, Mercedes-AMG, Mercedes-AMG GT Black Series, Mercedes-AMG GT3, Mercedes-benz, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my