• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Lancar Toyota Vios (2020) Facelift dengan Rupa Diperbaharui

Filipina Lancar Toyota Vios (2020) Facelift dengan Rupa Diperbaharui

July 26, 2020 By Azhan O Leave a Comment

320
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dimaklumkan sebelum ini, Toyota Motor Philippines melancarkan Vios (2020) versi dipertingkat (facelift) secara digital, semalam.

Model generasi ketiga itu, yang dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Santa Rosa, Laguna, mendapat sambutan menggalakkan di pasaran negara tersebut dengan mencatatkan jualan hampir 320,000 unit sejak debut pada 2003. Tahun lalu, Vios menguasai 38.6 peratus pasaran Filipina.

BACA >>> Inilah 6 Rahsia Kenapa Toyota Vios (2019) Kekal Relevan

Dalam pelancaran digital, Presiden TMP, Atsuhiro Okamoto berjanji akan terus menghasilkan Vios terbaik kepada dunia yang secara tidak langsung proses itu membantu ekonomi dan memberikan kehidupan kepada ribuan keluarga di Filipina.

"Vios baharu ini, kami sekali lagi mencipta semula kereta pilihan rakyat Filipina. Dengan rekabentuk dinaik taraf dan ciri baharu, kami betul-betul harap Vios baharu dapat meningkatkan tahap pemanduan anda," katanya.

Vios baharu versi Filipina ditawarkan dalam sembilan varian: G (CVT, Manual), E (CVT, manual), XLE (CVT, manual), XE (CVT), J (CVT) dan J Base (Manual) pada harga bermula 671,000 peso (RM57,970) hingga 1.056 juta peso (RM91,240), iaitu pada harga lebih kurang sama seperti model terdahulu.

BACA >>> #PanduUji: Adakah Toyota Vios (2019) dengan Rupa Moden Masih Relevan?

toyota-vios-facelift-filipina-27
toyota-vios-facelift-filipina-18
toyota-vios-facelift-filipina-24
toyota-vios-facelift-filipina-20

Antara pembaharuan luaran ditampilkan ialah gril depan hitam berkilat dan lampu utama LED dalam tiga kluster, lampu siang (DRL) LED dan kampu kombi belakang LED dengan strip, manakala bahagian roda dipasangkan rim aloi 16-inci untuk varian G.

toyota-vios-facelift-filipina-4
toyota-vios-facelift-filipina-3
toyota-vios-facelift-filipina-5
toyota-vios-facelift-filipina-10
toyota-vios-facelift-filipina-9
toyota-vios-facelift-filipina-2
toyota-vios-facelift-filipina-8

Varian premium mendapat ciri penghidup tanpa kunci (keyless), butang tekan mula dan pedal syif, manakala ciri keselamatan diberikan tiga hingga tujuh beg udara mengikut varian pilihan, termasuk Sistem Brek Anti-Kunci dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Bantuan Mula Daki (HSA).

Pengerusi TMP, Alfred TY berkata, Vios 2020 facelift baharu ini dibangunkan di bawah program Strategi Kebangkitan Automotif Komprehensif (CARS) yang menyediakan ribuan pekerjaan kepada rakyat Filipina.

"Di bawah program CARS, Vios adalah model perdana kita. Ia membantu hampir 55,000 rakyat menerusi rangkaian Toyota, 71 pengedar, 56 pembekal tempatan, dan banyak lagi perniagaan lain dan rakan dagang.

"Toyota Vios adalah simbol teknologi terbaik Jepun dan kerja tangan rakyat Filipina. Dalam fikiran saya, Vios sudah jadi kereta nasional Filipina. Dibuat dengan bangga di Filipina daripada rakyat Filipina untuk rakyat Filipina," katanya.

BACA >>> SUV Toyota Yaris Cross Diperkenal, Guna Platform Yaris Hatchback

GALERI
toyota-vios-facelift-filipina-1
toyota-vios-facelift-filipina-2
toyota-vios-facelift-filipina-3
toyota-vios-facelift-filipina-4
toyota-vios-facelift-filipina-5
toyota-vios-facelift-filipina-6
toyota-vios-facelift-filipina-7
toyota-vios-facelift-filipina-8
toyota-vios-facelift-filipina-9
toyota-vios-facelift-filipina-10
toyota-vios-facelift-filipina-11
toyota-vios-facelift-filipina-12
toyota-vios-facelift-filipina-13
toyota-vios-facelift-filipina-14
toyota-vios-facelift-filipina-15
toyota-vios-facelift-filipina-16
toyota-vios-facelift-filipina-17
toyota-vios-facelift-filipina-18
toyota-vios-facelift-filipina-19
toyota-vios-facelift-filipina-20
toyota-vios-facelift-filipina-21
toyota-vios-facelift-filipina-22
toyota-vios-facelift-filipina-23
toyota-vios-facelift-filipina-24
toyota-vios-facelift-filipina-25
toyota-vios-facelift-filipina-26
toyota-vios-facelift-filipina-27
toyota-vios-facelift-filipina-28
toyota-vios-facelift-filipina-32
toyota-vios-facelift-filipina-30
toyota-vios-facelift-filipina-31
toyota-vios-facelift-filipina-29

Related

320
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Alfred TY, Atsuhiro Okamoto, Auto Terkini, Roda4, sedan segmen-B, sedan subkompak, TMP, Toyota, Toyota Motor Philippines, Toyota Vios (2020) Facelift

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev