• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Indonesia Lancar Honda CBR250RR SP Quick Shifter (2020), Harga RM22k

Indonesia Lancar Honda CBR250RR SP Quick Shifter (2020), Harga RM22k

July 24, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Jepun, negara  jiran Indonesia menerusi wakil pengedar PT Astra Honda Motor (AHM) pula melancarkan Honda CBR250RR (2020) dan turut memperkenalkan varian baharu untuk sportbike suku liter tersebut, iaitu CBR250RR SP Quickshifter.

Varian baharu, CBR250RR SP Quick Shifter, yang juga paling premium bukan saja menerima grafik berbeza, tetapi turut memiliki spesifikasi enjin dipertingkat berkuasa 39hp, ketangkasan pengendalian dan teknologi sekelas jentera lebih tinggi seperti klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) dan bantuan anjakan klac Quick Shifter.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Honda CBR250RR (2020) Lancar di Jepun, Harga Mula RM32.7k

Kehadiran CBR250RR SP Quick Shifter melengkapkan varian sedia ada, iaitu CBR250RR ABS dan CBR250RR (STD).

Pilihan grafik edisi istimewa, Garuda x Samurai hanya ditawarkan pada CBR250RR SP Quick Shifter sempena Hari Kemerdekaan Indonesia dengan rekaan corak dekal  gabungan budaya Jepun dan Indonesia. Ia menampilkan lakaran pahlawan komander Sengoku yang diterjemahkan menerusi garis tegas di tepi, manakala grafik Garuda diterjemahkan menerusi perincian rantai dan piston dalam corak batik.

Ciri Quick Shifter  dan A&S memudahkan operasi menarik klac dan menukar gear yang kini lebih lancar dan pantas. Ada empat mod Quick Shifter dapat diaktifkan mengikut kesesuaian tunggangan, iaitu:

  • Mod untuk naik dan turun gear
  • Mod naik gear
  • Mod turun gear
  • Mod nyah aktif Quick Shifter 

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Tukar Apabila Sportbike Sudah Berusia 5 Tahun?

CBR250RR SP Quick Shifter dipadankan enjin dwi-silinder 250cc DOHC berkuasa 39hp (41ps) @ 13,000rpm dan tork 25Nm @ 11,000rpm.  Dengan berat jentera 168kg, sportbike ini cuma memerlukan 8.65 saat untuk mencapai jarak 200m dan mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 172kmj.

Model Honda ini dibangunkan dengan DNA CBR, iaitu Total Control seperti dimiliki famili CBR lain. Ia menawarkan pengendalian lincah ketika mengambil selekoh, berhenti dan memecut. Total Control digunakan pada seluruh model CBR series.

Selain grafik Garuda x Samurai, ada dua lagi warna dan seragam diperkenalkan. Berikut warna dan harga CBR250RR SP Quick Shifter:

  • Bravery Red Black - Rp76,700,000 (RM22,347)
  • Honda Racing Red - Rp77,300,000 (RM22,521)
  • Special Edition Garuda x Samurai - TBC

BACA >>> Berapakah Beza Kuasa Honda CBR250RR vs Yamaha R3 Atas Mesin Dyno?
BACA >>> Mana Lebih Pantas? Kawasaki Ninja ZX-25R, Ninja 250SL atau Honda CBR250RR?

GALERI

SUMBER: Astra Honda

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda CBR250RR, Honda CBR250RR (2020) Facelift, Honda CBR250RR SP Quickshifter, PT Astra Honda Motor (AHM), roda2, sportbike, sportbike 250cc, Sportbike Suku Liter

Comments

  1. Jan says

    July 26, 2020 at 11:43 AM

    wahhh 25nm torque, 39hp, siap ada quickshifter dan autoblipper, harga cuma 22k je? kalau masuk malaysia dgn harga cmni mesti laku kaw kaw.

    haritu dgr khabar angin, nak masuk cbr tapi harga dah 41k. inilah problem malaysia haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my