HONDA Malaysia memuat naik status ringkas berserta foto acah dalam laman Facebook rasmi wakil pengeluar itu dengan kapsyen 'The game will no longer be the same- Watch this space'.
Bagaimanapun, tanda pagar #allnewcity berserta siluet foto acah sudah jelas menunjukkan itu adalah Honda City serba baharu yang bakal muncul ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?
Kali terakhir model sedan-B itu menerima pembaharuan adalah sekitar tiga tahun lalu. Kini sudah tiba masa pasaran tempatan menerima versi baharu. Ini ditambah pula Thailand pun baru saja memperkenalkan Honda City serba baharu penghujung tahun lalu.
Di Thailand, City didatangkan dengan enjin 3-silinder 1.0L VTEC Turbo berkuasa 120hp dan tork 172Nm dengan transmisi automatik CVT. Menurut Honda, enjin baharu ini menawarkan tork lebih tinggi berbanding enjin terdahulu 1.5L versi aspirasi natural (NA) , malah setanding enjin NA 1.8L yang ada pada Civic.
BACA >>> PENJANA: Kerajaan Mansuhkan 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD
PASARAN MALAYSIA SUKAR TERIMA 1.0L TURBO?
Bagaimana pula Malaysia? Adakah kita juga bakal menerima pilihan enjin 1.0L Turbo? Atau masih mengekalkan tawaran enjin NA 1.5L, atau pun ada dua pilihan enjin? Bagaimanapun, kebarangkalian trenkuasa 1.0L Turbo masuk ke pasaran Malaysia adalah rendah.
Ini kerana trend pengguna Malaysia berbeza kerana tidak semua pembeli dapat menerima enjin sesaran kecil walaupun kuasa dihasilkan besar. Jika enjin 1.0L Turbo tidak ditawarkan di Malaysia, ini bermakna pasaran tempatan akan menerima enjin 1.5L dengan output 120PS dan tork 145Nm dengan pembaharuan badan terkini.
City (2020) tampil lebih maskulin dan sporty dengan rupa depan seperti Accord dan kluster lampu LED besar serta lampu kabus direka semula. Lampu belakang juga diperbaharui dengan rekabentuk LED unik dan tersendiri. Ruang lebih luas dari segi panjang dan lebar, manakala profil sedan ini direndahkan untuk meningkat kestabilan pada kelajuan tinggi.
BACA >>> Honda City (2020) Lancar di Thailand, Kini dengan Enjin 1.0L VTEC Turbo
Berbanding model lama, model baharu berkenaan 113mm lebih panjang (4,533mm), dan 53mm lebih lebar (1,748mm), manakala tinggi direndahkan 10mm (1,467mm) dengan jarak roda 11mm lebih pendek (2,589mm).
Di Malaysia, City sedia ada dijual pada harga bermula RM73,496 untuk varian 1.5L S hingga RM75,615 (1.5L SE). Ini adalah harga baharu tanpa pengecualian cukai jualan untuk model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import (CBU) dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang akan berakhir Disember tahun ini.
BACA >>> Honda Akan Hentikan Jualan Civic Turbo Sedan, City dan Jade di Jepun
Leave a Reply