SELEPAS debut di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, Honda CR-V versi dipertingkat (facelift) baru saja membuat kemunculan sulung di Asean sempena Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) minggu ini.
Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dilancarkan di Thailand dengan penampilan baharu dan beberapa ciri ditambah baik. Pilihan enjin petrol aspirasi natural (NA) dan Turbo Diesel masih dikekalkan.
BACA >>> #PanduUji: Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Honda CR-V Baharu Versi Premium
1. Harga dan varian CR-V facelift di Thailand adalah seperti berikut:
- 2.4 S - 1,369,000 baht (RM186,000)
- 2.4 ES 4WD - 1,529,000 baht (RM207,800)
- 2.4 E (7-kerusi) - 1,419,000 baht (RM192,800)
- 2.4 EL 4WD (7 kerusi) - 1,579,000 baht (RM214,500)
- DT-EL 4WD (7-kerusi) - 1,759,000 baht (RM239,000)
2. Bahagian luaran mengalami perubahan minor. Bampar depan kini menggunakan kemasan plastik hitam untuk penampilan lebih sport dengan sentuhan krom pada gril dan bampar, yang juga pada panel dan bampar belakang. Panel gril krom besar kini dihitamkan yang menjadi rupa depan lebih slik.
3. Lampu belakang kini gelap gaya smoky, dan rim aloi 18 inci kini tampil dengan rekaan baharu paten kelopak bunga.
4. Bahagian papan pemuka dikemas kini dengan ciri pengecas telefon pintar wayarles Qi untuk varian peremium, fungsi memori pada kerusi pemandu, dan ada bumbung suria/panoramik yang tidak ditawarkan pada model terdahulu.
5. Pintu but elektrik dengan fungsi bebas tangan adalah standard semua varian.
6. Pilihan trenkuasa terdiri daripada enjin NA petrol 4-silinder 2.4L i-VTEC berkuasa 171hp @ 6,200rpm dan tork 224Nm @ 4,000rpm dengan transmisi CVT. Varian premium menerima enjin 1.6L Turbodiesel i-DTEC berkuasa 158hp @ 4,000rpm dan 350Nm @ 2,000rpm serta dipadankan transmisi automatik 9-kelajuan dengan pedal syif. Tiada enjin 1.5L Turbo ditawarkan di Thailand.
BACA >>> SUV Baharu Perodua Lancar Pertengahan Tahun Ini, Mungkin Guna Enjin 1.0 Turbo?
7. CR-V facelift petrol ditawarkan dalam konfigurasi 5- dan 7- kerusi, manakala varian premium dibekalkan sistem pacuan semua roda (AWD). Model asas 2.4S dan E mendapat lampu depan dan kabus LED, rim aloi 17 inci, penghidup tanpa kunci dengan kunci automatik, penyaman udara dwi-zon, cermin pandang belakang gelap automatik, kerusi depan elektrik (8 tetapan untuk pemandu, 4 tetapan untuk penumpang), unit infotainment skrin sentuha 7 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, dan lapan pembesar suara.
8. Model 2.4 ES, EL 4WD dan diesel DT-EL 4WD pula didatangkan dengan ciri seperti lampu automatik, lampu kabus LED, rim 18 inci dan sistem navigasi.
9. DT-EL ialah satu-satunya model CR-V yang ditawarkan aplikasi Honda Connect yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai fungsi dan maklumat kenderaan menerusi telefon pintar. Varian ini turut dilengkapkan sistem bantuan pemandu Honda Sensing.
BACA >>> Jepun Lancar Honda CR-V BLACK EDITION dengan Pilihan 7-Kerusi
Leave a Reply