• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Tiguan (2020) Facelift Diperkenal dengan Tiga Varian Gaya Berbeza

Volkswagen Tiguan (2020) Facelift Diperkenal dengan Tiga Varian Gaya Berbeza

July 8, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda mahukan sesuatu yang berbeza daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) nasional, Jepun atau Korea Selatan, Volkswagen Tiguan adalah pilihan baik.

Tidak banyak pilihan sebenarnya jika anda mahukan SUV buatan Eropah pada harga berpatutan dan di sinilah Tiguan menyinar. SUV Jerman itu dipasarkan di Malaysia sejak generasi pertama dan model pengganti dilancarkan pada 2017. Di peringkat global, Tiguan diperkenalkan pada 2015 dan dikeluarkan pada 2016.

Fakta menarik, Tiguan versi tempatan dipasangkan di Pekan, Pahang yang secara tidak langsung mempengaruhi harga jualan SUV itu.

BACA >>> Volkswagen Perkenal Passat, Tiguan UNITED dengan Aksesori Eksklusif

Selepas beberapa tahun di pasaran, Tiguan (2020) versi dipertingkat (facelift) diperkenalkan pada 1 Julai 2020. Walaupun kekal dengan sosok badan sama, model rupa baharu ini nyata menyerlah seperti model serba baharu.

Antara kelebihan model dengan rekabentuk bersegi dan tak lekang dek masa ini adalah ruang dan peluang untuk memperbaharui rekabentuk sentiasa ada. Lihat bahagian depan yang merupakan kesinambungan kepada model terkini Volkswagen seperti Golf Mk8 dengan lampu, gril dan bampar depan baharu.

Ketua Rekabentuk Kumpulan Volkswagen, Klaus Zyciora berkata, gril radiator Tiguan mempunyai kaitan visual dengan SUV lain seperti Touareg dan Atlas Cross Sport yang dijual di Amerika Utara. Memang diakui bahagian depan Tiguan menyerlahkan keseluruhan rekabentuk SUV tersebut yang kini berada pada pertengahan kitaran hayat produk.

Tiguan R
Tiguan R-Line
Tiguan eHybrid

Tiguan (2020) tampil dengan persona tersendiri menerusi tiga varian: Tiguan R dan Tiguan R-Line dengan set depan berbeza daripada Tiguan eHybrid. Jika versi hibrid tampak elegen, dua varian baharu lain pula tampil sporty yang mana setiap varian memiliki rekaan rim tersendiri, begitu juga bampar belakang.

Melalui tiga varian itu, Volkswagen jelas mahu mensasarkan Tiguan (2020) kepada kumpulan pelanggan berbeza.

BACA >>> #PanduUji: Volkswagen Tiguan JOIN yang Serba Cukup

Tiguan R
Tiguan R-Line
Tiguan eHybrid

Bahagian dalaman Tiguan (2020) yang sudah sedia menarik diberikan beberapa pembaharuan seperti stereng dengan punat kawalan sentuh dan juga penyaman udaran serta sistem Modular Infotainment Matrix generasi ketiga atau MIB3. Melihat foto diberikan terasa seperti duduk dalam kokpit digital.

Trenkuasa menawarkan dua jenis enjin, 2.0L Turbo berkuasa 184hp dan tork 300Nm yang dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan untuk pasaran Amerika Syarikat(AS). Satu lagi enjin ialah 2.0L Turbo berkuasa 315hp dan 420Nm dengan kombinasi transmisi klac kembar DSG 7-kelajuan untuk Tiguan R spesifikasi Eropah.

Lebih istimewa, Tiguan R menggunakan pacuan semua roda (AWD) 4Motion baharu dengan kawalan tork roda selektif (selective wheel torque control), atau nama rasmi R-Performance Torque Vectoring. 

4motion-emblem
tdi-4motion

Tiguan eHybrid pula menggabungkan enjin 1.4L TSI dengan motor elektrik dan transmisi klac kembar DSG 6-kelajuan. Satu lagi pilihan enjin ialah jenis diesel turbo 2.0 TDI dengan transmisi DSG dan pacuan 4Motion. Menurut Volkswagen, trenkuasa diesel Tiguan adalah antara enjin pembakaran dalaman terbersih dunia.

Tiguan (2020) bakal menemui pelanggan Eropah terlebih dahulu sebelum debut di pasaran lain. Tiguan juga adalah SUV penting buat Volkswagen dengan angka pengeluaran pada 2019 mencecah sekitar 911,000 unit, sekali gus menjadi model paling popular dalam barisan produk Volkswagen dan juga peringkat Volkswagen Group.

BACA >>> SUV VW Paling Bongsu, T-Cross Boleh Laku Keras di Malaysia Pada Harga Menarik

GALERI
Volkswagen Tiguan R
Volkswagen Tiguan R.01
Tiguan R
Tiguan R
Volkswagen Tiguan R.10
Volkswagen Tiguan R.09
Volkswagen Tiguan R.08
Volkswagen Tiguan R.05
Volkswagen Tiguan R.04
Volkswagen Tiguan R.06
Volkswagen Tiguan R.03
Tiguan R
Tiguan R
Volkswagen Tiguan R-Line
Tiguan R-Line
Tiguan R-Line
Volkswagen Tiguan R-Line.02
Tiguan R-Line
Tiguan R-Line
Volkswagen Tiguan R-Line.07
Volkswagen Tiguan R-Line.08
Volkswagen Tiguan R-Line.04
Volkswagen Tiguan R-Line.05
Volkswagen Tiguan R-Line.06
Volkswagen Tiguan eHybrid
Tiguan eHybrid
Tiguan eHybrid
Volkswagen Tiguan e HYBRID.04
Volkswagen Tiguan e HYBRID.03
Tiguan eHybrid
Tiguan eHybrid

Related

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Klaus Zyciora, SUV, volkswagen tiguan, Volkswagen Tiguan 2020, Volkswagen Tiguan e HYBRID, Volkswagen Tiguan R, Volkswagen Tiguan R-Line, VW Tiguan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev